afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,348
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,348
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Tiada kerjasama PH-BN pada PRN Melaka, kata Khalid
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, PH akan bertanding pada PRN Melaka atas prinsip yang diperjuangkannya.
Buat masa ini, katanya, gabungan itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti selain BN dan Perikatan Nasional (PN).
“Kita tidak akan terima tawaran untuk bersama BN. Jika BN mahu bersama dengan PN, itu hak dan terpulang kepada mereka.
“Bagi PH, kami akan bertanding atas prinsip yang kami perjuangkan,” katanya, lapor Berita Harian.
Kenyataan Khalid menyusul sehari selepas barisan pemimpin PH dan Bersatu Melaka menghadiri majlis makan malam tertutup di sebuah hotel di Melaka.
Antara yang hadir termasuk Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz, Pengarah Pilihan Raya Ali Mohamad, Ketua Sayap Bersekutu R Sri Sanjeevan serta Ketua Penerangan Melaka Hishamuddin Karim.
Turut dilihat hadir, Ketua Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat dan Pemangku Ketua PKR Melaka Adam Adli.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil menepis laporan mengenai majlis makan malam tertutup itu.
Beliau berkata, gabungan itu masih belum memulakan sebarang rundingan rasmi dengan Bersatu mengenai pembentukan jajaran bagi PRN Melaka, menegaskan keputusan muktamad mengenai kerjasama politik terletak pada Majlis Presiden PH.