BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate UPDATE : Konspirasi New World Order 2022

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
7,967
Joined
May 12, 2011
Messages
7,967
Reaction score
1,568
Points
156

SEP 1 2022​


FbRJcXSWYAM-7s8.jpg



Dunia akan guna cashless hujung tahun ni new world order​

FbXFnOQaQAA8ezk.jpg

Sungai dunia mengering​

30 Ogos 22 : Empangan Paskistan Pecah banyak tekorban​



8 Ogos 22 : Paskistan Bakal bangkrupt. Duit tinggal 2 bulan​


10 Ogos : China lancar satelit baru​

Screenshot_15.png

Beijing: China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas eksperimen boleh guna semula menggunakan roket pengangkut Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut negara itu, Jumaat lalu.

Perkembangan itu dilaporkan Agensi Berita Xinhua dengan pakar menyifatkan langkah ke hadapan baharu untuk industri aeroangkasa China.

Selepas tempoh operasi dalam orbit, kapal angkasa akan kembali ke tapak pendaratan yang dirancang di China.

Ia akan menguji teknologi boleh guna semula dan teknologi perkhidmatan dalam orbit semasa misinya dengan menyediakan sokongan teknologi untuk penggunaan ruang yang selamat, kata Xinhua.

Pelancaran itu adalah misi ke-18 roket pengangkut Long March-2F.

Pakar dan pengulas televisyen mengenai isu ketenteraan dan aeroangkasa, Song Zhongping memberitahu Global Times, kapal angkasa lepas boleh guna semula mewakili trend dalam industri, justeru China perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kapal angkasa itu.

Katanya, kapal angkasa yang dilancarkan itu nampaknya mempunyai kapasiti operasi dalam orbit.

Pada September 2020, China menjalankan eksperimen penerbangan dua hari dengan kapal angkasa lepas yang boleh diguna semula menggunakan Long March-2F semula, sekali gus menandakan kejayaan teknologi.

Walaupun tiada maklumat rasmi dikeluarkan menunjukkan sama ada kapal angkasa lepas boleh guna semula itu adalah sama dengan yang dilancarkan dua tahun lalu, pelancaran terbaharu itu menarik perhatian media di seluruh dunia kerana ia dilihat sebagai langkah baharu China dalam R&D kapal angkasa jenis baharu.

Ramai membuat spekulasi mengenai kemungkinan China menggunakan kapal angkasa untuk tujuan ketenteraan pada masa hadapan.

Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) sering menggembar-gemburkan dan memburuk-burukkan kejayaan teknologi China sebagai ketenteraan kerana ia melihat semua kejayaan oleh negara bukan Barat sebagai ancaman.

Ini bertujuan untuk mengekalkan monopoli teknologi yang tidak adil kepada negara lain.

Skuadron Pertahanan Angkasa Lepas ke-18 Angkatan Angkasa AS juga menjejaki kapal angkasa China yang dilancarkan berkenaan, menurut SpaceNews.com, portal berita maklumat industri angkasa dan satelit global yang berpangkalan di AS.

Pada Oktober 2021, Financial Times menerbitkan artikel bertajuk 'Ujian China terhadap keupayaan ruang angkasa baharu dengan peluru berpandu hipersonik pada Ogos' yang menjangkakan China menggunakan ruang angkasa untuk tujuan ketenteraan.

Mengulas isu itu, jurucakap Kementerian Luar, China Zhao Lijian berkata, ujian dalam laporan Financial Times itu sebenarnya adalah ujian rutin teknologi untuk menggunakan semula kenderaan angkasa.

Katanya, ujian terbabit bertujuan untuk mengurangkan kos penggunaan kenderaan angkasa dan boleh menyediakan lebih banyak langkah ke arah kos rendah untuk penggunaan ruang selamat.

10 0gos : IRAN lancar satelit Melalui Rusia​

Screenshot_14.png

lmaty: Satelit Iran yang dilancarkan Rusia berlepas dari Kazakhstan awal pagi Selasa di tengah-tengah kontroversi kemungkinan Moscow akan menggunakan senjata itu bagi meningkatkan pengawasannya terhadap sasaran tentera di Ukraine.

Siaran langsung dari agensi angkasa Rusia, Roscosmos, menunjukkan pelancaran roket Soyuz-2.1b yang membawa satelit Khayyam dari kosmodrom Baikonur yang dikawal Rusia pada masa yang dijadualkan pada 5.52 pagi tadi.

Kawalan misi Rusia mengesahkan kemasukan seterusnya ke orbit.

Iran yang masih mengekalkan hubungan dengan Moscow dan mengelak daripada mengkritik pencerobohan Ukraine berusaha untuk menepis syak wasangka Moscow menggunakan Khayyam untuk mengintip Ukraine.

Minggu lalu, akhbar harian Amerika Syarikat, The Washington Post memetik pegawai perisikan Barat yang tidak dikenali sebagai berkata, Rusia bercadang untuk menggunakan satelit selama beberapa bulan atau lebih lama untuk membantu usaha perangnya sebelum membenarkan Iran mengambil alih kawalan.

Namun, Agensi Angkasa Iran (ISA) pada Ahad lalu berkata, republik Islam itu akan mengawal satelit Khayyam bermula dari hari pertama pelancarannya.

"Tiada negara ketiga yang dapat mengakses maklumat yang dihantar oleh satelit kerana algoritmanya sulit," katanya.

Khayyam adalah untuk memantau sempadan negara serta meningkatkan produktiviti pertanian dan memantau sumber air dan bencana alam, kata agensi angkasa lepas.

Dalam kenyataan prapelancaran Isnin lalu, ISA memuji faktor kebolehpercayaan tinggi pelancar Soyuz.

"Disebabkan berat satelit Khayyam melebihi setengah tan dan kadar kejayaan yang sangat tinggi bagi pelancar Soyuz, pelancaran satelit Khayyam diamanahkan kepada Rusia," kata kenyataan di laman web agensi angkasa itu.

Ketika pengasingan dan sekatan antarabangsa terhadap Moscow semakin meningkat atas serangan Ukraine, Kremlin berusaha untuk menggerakkan Rusia ke arah Timur Tengah, Asia dan Afrika dan mencari pelanggan baharu untuk program angkasa lepas negara itu.

Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi dan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei di Tehran bulan lalu iaitu satu daripada beberapa lawatannya ke luar negara sejak pencerobohan itu bermula.

11 Ogos 2022 : Seluruh menteri jepun bakal letak jawatan​

Screenshot_13.png

Tokyo: Seluruh barisan kabinet Jepun meletakkan jawatan, lapor Sputnik yang memetik laporan agensi berita Kyodo.

Satu mesyuarat khas kabinet diadakan pada 11.30 pagi waktu tempatan.

Kerajaan baharu Jepun yang dipimpin oleh Perdana Menteri Fumio Kishida dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.

Mengikut rancangan awal, rombakan kerajaan sepatutnya dilakukan pada awal September.

Tetapi kerana ingin segera memperkenalkan konsep ekonomi "kapitalisme baharu" beliau, keperluan untuk mengambil tindakan berikutan kenaikan harga makanan dan bahan api, dan bertujuan membuat persiapan awal bagi sidang parlimen, Kishida memutuskan untuk segera melakukan proses rombakan dalam kerajaan.

2 ogos 2022 : iran mungkin serang new york​

senjata-nuklear-iran.jpg

TEHRAN – Iran memberi amaran akan membina bom nuklear pada kadar segera yang berkeupayaan memusnahkan seluruh negeri New York sekiranya Amerika Syarikat (AS) melakukan ‘sebarang kesilapan bodoh’, lapor portal berita MailOnline semalam.

Seorang pakar dari Iran, Ben Sabti menerusi kenyataan di laman Twitter berkata, saluran Telegram Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran untuk menghasilkan bom atom bagi kegunaan peluru berpandu.

“Iran boleh melaksanakan semula projek Emad dan membina bom atom sekiranya kemudahan Natanz diserang,” demikian menurut kenyataan dalam saluran Telegram tersebut.

Emad merupakan peluru berpandu jarak jauh milik Iran.

Bisimchi Media yang memiliki hubungan dengan IRGC, memuat naik video pada saluran Telegram dengan tajuk bermaksud: ‘Bilakah Bom Nuklear Iran yang Sedang Tidur Akan Bangun.’

Dalam video pendek tersebut, ia mengisytiharkan bahawa Iran akan membangunkan senjata nuklear pada kadar segera sekiranya tentera AS atau Zionis melakukan sebarang ‘kesilapan bodoh’.


Menurut stesen penyiaran Iran International, video itu mendakwa bahawa misil balistik Iran berupaya memusnahkan New York dan menjadikannya padang jarak.

“Kemudahan nuklear Fordow dibina jauh di bawah kawasan pergunungan di Iran dan dilindungi daripada bom pemusnah serta letupan nuklear.

“Semua infrastruktur yang diperlukan untuk penembusan nuklear telah disediakan di dalamnya.

“Rejim Iran boleh memindahkan program nuklear amannya kepada program senjata nuklear pada kadar pantas,” demikian menurut video tersebut.

Kosmo-

29 Julai : korea siap sedia senjata nuklear​



Amerika start slow slow nak bangkrup akan effect semua dunia termasuk malaysia.. import amerika lebih banyak dari pengeluaran.. cetak duit terlalu banyak dah..






07/2022

amerika keluarkan youtube tentang nukluer war.. macammana nak selamatkan diri.. tak ke pelik dengan tiba tiba... ada yang kata amerika nak start nuke war dekat new york.. macam 9/11 punya cerita


22/7/2022 : Hutang kerajaan kini RM1.045 trilion - new world order guys


tengku_zafrol_09032020.jpg


Hutang kerajaan kini berjumlah RM1.045 trilion atau 63.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) setakat Jun tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulis kepada Karupaiya Mutusami (Pakatan Harapan - Padang Serai) berkata RM43.1 bilion, atau 18.4 peratus, daripada anggaran jumlah hasil Putrajaya, diperuntukkan untuk bayaran khidmat hutang kerajaan persekutuan untuk 2022.

"Sehingga akhir-Jun 2022, sebanyak RM19.8 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran faedah ke atas hutang terkumpul kerajaan persekutuan.

"Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pembayaran faedah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Bayaran khidmat hutang ini diperuntuk sebagai item tanggungan T13 iaitu salah satu perbelanjaan tanggungan yang diberi keutamaan terlebih dahulu daripada item perbelanjaan yang lain, seperti yang termaktub di bawah Perkara 98(1)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu segala caj hutang adalah di bawah tanggungan kerajaan persekutuan," katanya dalam jawapan bertarikh 20 Julai.

Awal minggu ini, Zafrul memberi jaminan bahawa kedudukan fiskal negara masih kukuh dan hutang kerajaan persekutuan masih terkawal.

Dia berkata kerajaan kekal berdisiplin tinggi dan tidak pernah gagal membayar faedah dan hutang matang walaupun telah melalui beberapa siri krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan.

Dilaporkan bahawa pada akhir Jun 2022, pinjaman luar pesisir berjumlah RM29.4 bilion, manakala hutang berkanun menyumbang 60.4 peratus daripada KDNK.

Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 memperuntukkan pinjaman luar pesisir tidak melebihi RM35 bilion dan Akta Interim bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 menetapkan had berkanun hutang kerajaan tidak boleh melebihi 65 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).



BANK IRELEND AKAN BUANG FIAT PAKAI CASHLESS
AIB to go cashless in 70 branches - here's the full list and why they're doing it


0_Screen-Shot-2020-03-06-at-132624.png


AIB has confirmed that 70 of their 170 nationwide branches are to 'cashless' by the end of 2022.

The move will mean that the affected branches will not have notes, coins, cheques, foreign exchange, bank drafts; and will remove any drop safes, night safes and ATMs outside.

The bank have said that the decision has been made as part of an overall programme to increase their relationship with An Post - with customers able to access their cash at their nearest Post Office instead of the branch.

With digital usage soaring, the cost of providing cash services has become increasingly unsustainable," the bank said in a statement.

"As a result, cash, ATM and cheque services will be removed from these branches but customers will continue to have efficient access to cash in their communities."

"This will enable the bank to provide additional account-opening facilities as Ulster Bank and KBC leave the market, while also ensuring that its branch network has a sustainable future in the community."

19 JULAI : Putin Building Anti-West Global Alliance as He Tries to Reshape World Order





Russian President Vladimir Putin pushed for a new kind of alliance that can face off against the West during his trip to Tehran this week, the first time Putin has traveled outside the borders of the former Soviet Union since he ordered a full-scale invasion of Ukraine.

Putin's visit to Iran on Tuesday comes days after U.S. President Joe Biden visited Israel and Saudi Arabia and pledged that Washington would try to stop Iran from acquiring nuclear weapons.

Andrey Kortunov, head of the Russian International Affairs Council, said the meetings with Iranian president Ebrahim Raisi and Turkish leader Recep Tayyip Erdogan were important for Putin "personally" because the Kremlin "doesn't want to allow itself to be isolated internationally" as Russia reels from international sanctions.

The talks followed concerns expressed by U.S. officials that Iran will supply Russia with hundreds of unmanned aerial vehicles (UAVs), or drones, although the Kremlin denied that Putin had discussed this with Iran's leadership, according to reports.
Although the future of Syria was on the agenda of Tuesday's talks, as was a U.N.-backed proposal to resume exports of Ukrainian grain to ease the global food crisis, the summit could also be seen as a push for an emerging anti-Western bloc.

"Putin's visit to Iran cements the new alliance: Russia-Iran-Syria-China-North Korea. Not a terribly salubrious group," tweeted BBC broadcaster John Simpson.


16 JULAI : BIDEN JUMPA ANAK SALMAN SAUD




14 JULAI : BANK CHINA TAK NAK BAGI DUIT SIMPANAN PENYIMPAN



11 JULAI : Nilai euro terendah dalam 20 tahun ( 1 usd = 1 Euro )

2111d6a5-3659-4489-b5f6-1b01a33b55e3_169.jpeg


ANKARA: Euro susut ke paras terendah baharu dalam tempoh 20 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), berikutan langkah Rizab Persekutuan (Fed) memperketatkan monetari dan perang Russia ke atas Ukraine yang mengancam bekalan tenaga ke Eropah, lapor Anadolu Agency.

Nilai euro berbanding dolar jatuh serendah AS$1.0053, paras paling lemah sejak 6 Disember 2022, demikian menurut angka rasmi.

Indeks dolar, yang digunakan untuk mengukur nilai dolar AS berbanding kumpulan enam mata wang asing termasuk pound Britain, euro, franc Switzerland, yen Jepun, dolar Kanada dan krona Sweden, meningkat 1.1 peratus kepada 108.19, paras tertinggi baharu dalam 20 tahun.

Fed telah melakukan kenaikan kadar sebanyak 150 mata asas sejak Mac lalu bagi membendung inflasi yang berada di paras tertinggi, sekali gus melonjakkan indeks dolar.

Bank Pusat Eropah (ECB), bagaimanapun, masih lagi belum membuat perubahan terhadap kadar faedah.

ECB dijangka membuat kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada 21 Julai ini, manakala Fed dijangka menaikkan kadar secara agresif sebanyak 75 mata asas lagi pada 27 Julai, tambahnya.

Perang di Ukraine terus mencetuskan risiko kepada eurozone, dengan Jerman, ekonomi terbesar pakatan itu, berpotensi berdepan pemotongan kekal aliran gas asli Russia.

Ekonomi negara-negara Amerika dan Eropah pula dibelenggu dengan kebimbangan terhadap kemesetan.

-BERNAMA

New World Order: PPIM desak pihak berkuasa agama nyatakan pendirian​

Screenshot_2022-04-26-22-57-31-43_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak berkuasa agama Islam negara ini menyatakan pendirian mereka berkenaan New World Order.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mempersoalkan tindakan serta langkah yang diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Menteri Hal Ehwal Agama dalam hal berkenaan.


“Adakah mereka terlalu taksub mengambil hati pemimpin negara sehingga kepentingan agama Islam di negara ini terabai,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Nadzim turut mempersoalkan adakah pihak berwajib menanti perkara buruk berlaku sebelum bertindak atau mereka juga telah terpengaruh dengan anasir luar itu.

Antara agenda utama New World Order adalah One World Religion iaitu Kebersamaan Dalam Beragama dakwanya.

“Ini terbukti dengan terbinanya Abrahamic Family House yang menempatkan rumah ibadat Yahudi, gereja dan masjid dalam satu kompleks yang dibina di Abu Dhabi dan akan dibuka pada tahun ini.

“One World Goverment, seluruh negara di dunia akan ditadbir oleh satu pemerintah sahaja. Tiada lagi negara, tiada lagi raja, tiada lagi presiden,” dakwanya.

One World Military, katanya menyebabkan seluruh dunia akan dijaga oleh satu pasukan tentera sahaja dan One World Currency di mana tiada lagi mata wang bagi setiap negara.

“Apakah pihak berkuasa yang bertanggungjawab mempertahankan agama Islam di negara ini sudah leka akibat terlalu banyak termakan makanan syubah?” soalnya.- MalaysiaGazette

Joe Biden talks about 'new world order' in Business Roundtable address​


 
Last edited:
lepas ni duit kertas dah tak berguna... hehe
 
Sekadar berkongsi

Dalam thread di bawah ni pun ada dibincangkan pasal NWO
Banyak juga perkongsian daripada tuan @jaws_am

Thread '[MEGA] Thread Info Palatau Tentang Agenda Masa Depan'

 
Kena ikut , kena patuh dgn rancangan NWO..
Klo tidak nnt nilai RM jatuh teruk..
Pelabur asing tak nak melabur..

Bahasa mudah kena sujud utk duit..

Klo x nak ikut full, ikut separuh pun xpe la..
Janji ikut je..
bukan tu je.. perang akan start juga.. rusia dah datang ke iran...
 
Kena ikut , kena patuh dgn rancangan NWO..
Klo tidak nnt nilai RM jatuh teruk..
Pelabur asing tak nak melabur..

Bahasa mudah kena sujud utk duit..

Klo x nak ikut full, ikut separuh pun xpe la..
Janji ikut je..

Negara kita takde la nak ikut dunia sangat. Dunia nak guna medical ganja, kita tolak.
Dunia suruh kita sain icerd, kita tolak.
Dunia suruh kira surender DZN, kita tolak.
Dunia kecam kita guna hukuman gantung ( bukan mandatori), kita masih guna hukuman gantung, cuma tak mandatori je la.
 
Negara kita takde la nak ikut dunia sangat. Dunia nak guna medical ganja, kita tolak.
Dunia suruh kita sain icerd, kita tolak.
Dunia suruh kira surender DZN, kita tolak.
Dunia kecam kita guna hukuman gantung ( bukan mandatori), kita masih guna hukuman gantung, cuma tak mandatori je la.
bila seluruh dunia da pakai digital currency malaysia kena ikut .. kalau tak macammana nak beli barang kat luar negara... hehe
 
Back
Top
Log in Register