ayiem676
Super Active Member

- Messages
- 7,967
- Joined
- May 12, 2011
- Messages
- 7,967
- Reaction score
- 1,568
- Points
- 156
bukanlah diaorg kerjasama.. paling kurang us akan start nuke warrussia nak serang iran?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

bukanlah diaorg kerjasama.. paling kurang us akan start nuke warrussia nak serang iran?







Beijing: China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas eksperimen boleh guna semula menggunakan roket pengangkut Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut negara itu, Jumaat lalu.
Perkembangan itu dilaporkan Agensi Berita Xinhua dengan pakar menyifatkan langkah ke hadapan baharu untuk industri aeroangkasa China.
Selepas tempoh operasi dalam orbit, kapal angkasa akan kembali ke tapak pendaratan yang dirancang di China.
Ia akan menguji teknologi boleh guna semula dan teknologi perkhidmatan dalam orbit semasa misinya dengan menyediakan sokongan teknologi untuk penggunaan ruang yang selamat, kata Xinhua.
Pelancaran itu adalah misi ke-18 roket pengangkut Long March-2F.
Pakar dan pengulas televisyen mengenai isu ketenteraan dan aeroangkasa, Song Zhongping memberitahu Global Times, kapal angkasa lepas boleh guna semula mewakili trend dalam industri, justeru China perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kapal angkasa itu.
Katanya, kapal angkasa yang dilancarkan itu nampaknya mempunyai kapasiti operasi dalam orbit.
Pada September 2020, China menjalankan eksperimen penerbangan dua hari dengan kapal angkasa lepas yang boleh diguna semula menggunakan Long March-2F semula, sekali gus menandakan kejayaan teknologi.
Walaupun tiada maklumat rasmi dikeluarkan menunjukkan sama ada kapal angkasa lepas boleh guna semula itu adalah sama dengan yang dilancarkan dua tahun lalu, pelancaran terbaharu itu menarik perhatian media di seluruh dunia kerana ia dilihat sebagai langkah baharu China dalam R&D kapal angkasa jenis baharu.
Ramai membuat spekulasi mengenai kemungkinan China menggunakan kapal angkasa untuk tujuan ketenteraan pada masa hadapan.
Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) sering menggembar-gemburkan dan memburuk-burukkan kejayaan teknologi China sebagai ketenteraan kerana ia melihat semua kejayaan oleh negara bukan Barat sebagai ancaman.
Ini bertujuan untuk mengekalkan monopoli teknologi yang tidak adil kepada negara lain.
Skuadron Pertahanan Angkasa Lepas ke-18 Angkatan Angkasa AS juga menjejaki kapal angkasa China yang dilancarkan berkenaan, menurut SpaceNews.com, portal berita maklumat industri angkasa dan satelit global yang berpangkalan di AS.
Pada Oktober 2021, Financial Times menerbitkan artikel bertajuk 'Ujian China terhadap keupayaan ruang angkasa baharu dengan peluru berpandu hipersonik pada Ogos' yang menjangkakan China menggunakan ruang angkasa untuk tujuan ketenteraan.
Mengulas isu itu, jurucakap Kementerian Luar, China Zhao Lijian berkata, ujian dalam laporan Financial Times itu sebenarnya adalah ujian rutin teknologi untuk menggunakan semula kenderaan angkasa.
Katanya, ujian terbabit bertujuan untuk mengurangkan kos penggunaan kenderaan angkasa dan boleh menyediakan lebih banyak langkah ke arah kos rendah untuk penggunaan ruang selamat.
lmaty: Satelit Iran yang dilancarkan Rusia berlepas dari Kazakhstan awal pagi Selasa di tengah-tengah kontroversi kemungkinan Moscow akan menggunakan senjata itu bagi meningkatkan pengawasannya terhadap sasaran tentera di Ukraine.
Siaran langsung dari agensi angkasa Rusia, Roscosmos, menunjukkan pelancaran roket Soyuz-2.1b yang membawa satelit Khayyam dari kosmodrom Baikonur yang dikawal Rusia pada masa yang dijadualkan pada 5.52 pagi tadi.
Kawalan misi Rusia mengesahkan kemasukan seterusnya ke orbit.
Iran yang masih mengekalkan hubungan dengan Moscow dan mengelak daripada mengkritik pencerobohan Ukraine berusaha untuk menepis syak wasangka Moscow menggunakan Khayyam untuk mengintip Ukraine.
Minggu lalu, akhbar harian Amerika Syarikat, The Washington Post memetik pegawai perisikan Barat yang tidak dikenali sebagai berkata, Rusia bercadang untuk menggunakan satelit selama beberapa bulan atau lebih lama untuk membantu usaha perangnya sebelum membenarkan Iran mengambil alih kawalan.
Namun, Agensi Angkasa Iran (ISA) pada Ahad lalu berkata, republik Islam itu akan mengawal satelit Khayyam bermula dari hari pertama pelancarannya.
"Tiada negara ketiga yang dapat mengakses maklumat yang dihantar oleh satelit kerana algoritmanya sulit," katanya.
Khayyam adalah untuk memantau sempadan negara serta meningkatkan produktiviti pertanian dan memantau sumber air dan bencana alam, kata agensi angkasa lepas.
Dalam kenyataan prapelancaran Isnin lalu, ISA memuji faktor kebolehpercayaan tinggi pelancar Soyuz.
"Disebabkan berat satelit Khayyam melebihi setengah tan dan kadar kejayaan yang sangat tinggi bagi pelancar Soyuz, pelancaran satelit Khayyam diamanahkan kepada Rusia," kata kenyataan di laman web agensi angkasa itu.
Ketika pengasingan dan sekatan antarabangsa terhadap Moscow semakin meningkat atas serangan Ukraine, Kremlin berusaha untuk menggerakkan Rusia ke arah Timur Tengah, Asia dan Afrika dan mencari pelanggan baharu untuk program angkasa lepas negara itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi dan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei di Tehran bulan lalu iaitu satu daripada beberapa lawatannya ke luar negara sejak pencerobohan itu bermula.
