BTC USD 80,516.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

Pihak berkuasa kesihatan mengesan wabak itu di pusat mandian gay di Madrid dan pusat itu kini ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
| | 23 Mei 2022


1653291615356.png


Terdapat 31 kes cacar monyet di Sepanyol manakala 40 lagi dalam siasatan.


OVIEDO (Sepanyol) - Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan, dan selebihnya masih dalam siasatan.


Selain Sepanyol, virus itu turut dikesan di beberapa negara di dunia.



Sepanyol kekal mencatatkan kluster jangkitan terbesar setakat ini dengan Madrid menjadi pusat penularan, menurut Agensi Anadolu.


Menteri Kesihatan, Enrique Ruiz Escudero pada Ahad berkata sebanyak 40 kes lagi dalam siasatan.

Pihak berkuasa kesihatan mengesan wabak itu di pusat mandian gay di Madrid dan pusat itu kini ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, beberapa orang yang disahkan positif virus itu mungkin sudah dijangkiti lebih awal - semasa perayaan Maspalomas Pride di Kepulauan Canary yang berlangsung dari 5 hingga 15 Mei.

Kes itu turut dikesan sekurang-kurangnya di enam lagi wilayah lain.

Semua kes yang disahkan melibatkan lelaki namun seorang wanita di wilayah Extramadura dilaporkan mengalami simptom yang sama dan kesnya masih disiasat.


© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
punca dari gay. mesti geng lgbt bengang
 

Cacar monyet merebak ke Israel​

1_MONKEYPOX-BOY-729464.jpg

  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 23 Mei 2022, 3:00 pm


GENEVA : Penyakit cacar monyet dilaporkan sudah merebak ke Israel, Switzerland dan Austria sekali gus menjadikan 15 negara dijangkiti penyakit itu.

Lapor BBC, Israel dan Switzerland mengesahkan jangkitan penyakit itu melibatkan seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
Israel turut menyiasat kemungkinan kes jangkitan lain.

Lebih 80 kes direkodkan sejak penularan penyakit itu di Eropah seperti di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sebanyak 92 kes positif direkodkan termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara anggota yang bukan endemik bagi wabak itu.

Cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan simptom ringan dan diklasifikasikan sebagai wabak endemik di sebelah barat dan tengah Afrika.

Cacar monyet atau monkey pox boleh berjangkit akibat melakukan aktiviti seks.
Lebih membimbangkan jangkitan penyakit itu disifatkan sama berbahaya seperti varian Covid-19, tetapi sehingga kini tiada vaksin spesifik untuk mencegah jangkitan itu.

Kes pertama kali direkodkan di Republik Demokratik Congo, 1970an.
Antara gejalanya termasuk demam, sakit kepala dan ruam kulit bermula pada muka dan merebak ke seluruh badan.

 

Noor Hisham Abdullah

2j ·

Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki, telah dilaporkan di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Penyakit cacar monyet adalah mirip penyakit cacar (smallpox) yang telah dibasmikan pada tahun 1980 berikutan program imunisasi cacar yang berjaya di seluruh dunia. Berikut adalah soalan lazim mengenai jangkitan monkeypox bagi menjelaskan lagi mengenai penyakit ini.
https://www.facebook.com/187891761403516/posts/1893056120887063/?d=n

281865097_1893055140887161_2675648658923381693_n.jpg

283836165_1893055190887156_367993845156808539_n.jpg

281796413_1893055130887162_5115306970365316775_n.jpg

281757985_1893055167553825_776988012540729940_n.jpg

282744123_1893055154220493_8482751602580599167_n.jpg

282868067_1893055264220482_70313925565762047_n.jpg
 
seram tengok kulit leh jadi camtu.
 
Back
Top
Log in Register