Pihak berkuasa kesihatan mengesan wabak itu di pusat mandian gay di Madrid dan pusat itu kini ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan dijalankan.
Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
| | 23 Mei 2022
Terdapat 31 kes cacar monyet di Sepanyol manakala 40 lagi dalam siasatan.
OVIEDO (Sepanyol) - Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan, dan selebihnya masih dalam siasatan.
Selain Sepanyol, virus itu turut dikesan di beberapa negara di dunia.
Sepanyol kekal mencatatkan kluster jangkitan terbesar setakat ini dengan Madrid menjadi pusat penularan, menurut Agensi Anadolu.
Menteri Kesihatan, Enrique Ruiz Escudero pada Ahad berkata sebanyak 40 kes lagi dalam siasatan.
Pihak berkuasa kesihatan mengesan wabak itu di pusat mandian gay di Madrid dan pusat itu kini ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan dijalankan.
Bagaimanapun, beberapa orang yang disahkan positif virus itu mungkin sudah dijangkiti lebih awal - semasa perayaan Maspalomas Pride di Kepulauan Canary yang berlangsung dari 5 hingga 15 Mei.
Kes itu turut dikesan sekurang-kurangnya di enam lagi wilayah lain.
Semua kes yang disahkan melibatkan lelaki namun seorang wanita di wilayah Extramadura dilaporkan mengalami simptom yang sama dan kesnya masih disiasat.
OVIEDO (Sepanyol) - Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan, dan selebihnya masih...
www.sinarharian.com.my
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf