BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

kita layan lagu monkey

 
CACAR MONYET | Kanada Sahkan 2 Kes Pertama

Agensi Kesihatan Kanada mengesahkan dua kes pertama jangkitan 'monkeypox' atau cacar monyet di negara itu.

Pengumuman dilakukan selepas pihak berkuasa di wilayah Quebec melaporkan sedang menyiasat 17 kes lagi disyaki cacar monyet.

 
IMG_20220521_162556_105.jpg

Kes dilaporkan di sekurang-kurangnya sembilan negara iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Tiada vaksin khusus untuk cacar monyet, tetapi data menunjukkan bahawa vaksin yang digunakan untuk membasmi cacar adalah sehingga 85 peratus berkesan terhadap jangkitan itu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
 
WHO bekerjasama rapat negara terjejas cacar monyet



GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekerjasama rapat dengan negara-negara yang merekodkan kes jangkitan cacar monyet dalam usaha mengekang penularan virus tersebut.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam kenyataan di buletinnya menyebut, untuk tujuan tersebut ia akan memperluaskan pengawasan penyakit bagi mencari dan menyokong individu yang mungkin terjejas.

"Ia termasuklah memberi panduan tentang cara menguruskan penyakit berkenaan.

"Kami juga akan terus mengadakan mesyuarat dengan kumpulan pakar dan penasihat teknikal untuk berkongsi maklumat mengenai penyakit serta strategi tindak balas," menurut kenyataan itu.

WHO juga akan terus menerima maklumat terkini berkaitan status wabak yang berterusan di negara endemik.

Cacar monyet merebak secara berbeza daripada Covid-19.

Justeru, WHO menggalakkan orang ramai untuk menerima maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti pihak berkuasa kesihatan tentang tahap wabak dalam komuniti, gejala dan pencegahan.

Terdapat kira-kira 80 kes yang disahkan setakat ini termasuk 50 siasatan yang belum selesai.
Disyorkan artikel ini:

Namun, WHO menjangkakan lebih banyak kes mungkin dilaporkan apabila pengawasan berkaitan penyakit tersebut diperluaskan.

Setakat ini, kes jangkitan cacar monyet telah direkodkan di 11 negara di seluruh dunia.

Sejak awal minggu ini, kes jangkitan cacar monyet dikesan merebak di beberapa negara di dunia.

Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah serta jarang sekali merebak ke tempat lain.

Pakar memberi amaran tentang penularan yang lebih luas jika kes tidak dilaporkan. - Agensi

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ekerjasama-rapat-negara-terjejas-cacar-monyet
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Tuan betul
Vaksin nya dah lama ada

Vaccination
Vaccination against smallpox was demonstrated through several observational studies to be about 85% effective in preventing monkeypox. Thus, prior smallpox vaccination may result in milder illness. Evidence of prior vaccination against smallpox can usually be found as a scar on the upper arm. At the present time, the original (first-generation) smallpox vaccines are no longer available to the general public. Some laboratory personnel or health workers may have received a more recent smallpox vaccine to protect them in the event of exposure to orthopoxviruses in the workplace. A still newer vaccine based on a modified attenuated vaccinia virus (Ankara strain) was approved for the prevention of monkeypox in 2019. This is a two-dose vaccine for which availability remains limited. Smallpox and monkeypox vaccines are developed in formulations based on the vaccinia virus due to cross-protection afforded for the immune response to orthopoxviruses.


Baru je antivaksin nak buat modal agenda konspirasi.
 
WABAK MONKEYPOX DI BEBERAPA NEGARA BENUA EROPAH, AMERIKA SYARIKAT, KANADA DAN AUSTRALIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di tiga (3) benua iaitu Benua Eropah (United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Peranchis, Itali dan Jerman), Benua Amerika (Amerika Syarikat dan Kanada) dan Australia. Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki. Kebanyakan kes yang dijangkiti ini tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit ini. Laporan awal mengatakan sebahagian kes yang mengalami jangkitan monkeypox ini mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan individu lain (pesakit monkeypox).

Monkeypox disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses. Virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan. Virus monkeypox ini juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian. Tempoh inkubasi biasanya antara 6 hingga 21 hari. Pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.

Tanda-tanda jangkitan mirip cacar (smallpox), iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain. Pesakit juga mungkin mengalami lenguh tubuh badan, sakit bahagian belakang badan atau sendi, kejang otot dan pembengkakan kelenjar limfa. Kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap immuniti yang rendah (immune deficiency) mempunyai risiko dengan gejala lebih serius dan boleh menyebabkan kematian. Kadar kematian di negara-negara endemik monkeypox dianggarkan sebanyak 3-6%.

Penyakit ini telah dilaporkan di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Afrika Barat sejak tahun 2005. Negara-negara yang terdapat di kawasan ini adalah Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Ivory Coast, Liberia, Sierra Leone, Gabon dan Sudan Selatan. Monkeypox dianggap endemik di Republik Demokratik Congo (DRC), dengan lebih daripada 1,000 kes disyaki setiap tahun. Nigeria telah melaporkan wabak monkeypox yang besar pada tahun 2017 hingga 2018.

Kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad. Oleh itu, risiko virus ini tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit yang dijangkiti monkeypox. KKM telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox bagi menjelaskan lagi mengenai penyakit ini. FAQ ini boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di




 
IMG_20220521_231744_000.jpg

IMG_20220521_231744_189.jpg

IMG_20220521_231743_910.jpg

IMG_20220521_231743_534.jpg

IMG_20220521_231744_173.jpg

IMG_20220521_231743_886.jpg

Multi-country Monkeypox infection:

In May 2022, multiple cases of monkeypox were identified in several non-endemic countries and reported to WHO. The identification of clusters of monkeypox cases in several non-endemic countries with no direct travel links to an endemic area is atypical. Here are the Frequently Asked Questions (FAQs) on monkeypox infection.

Sumber: CPRC
 
Pernah tengok dalam CNN ke CNBC news tahun 2018 pasal monkeypox ni. Banyak kat Africa. Tak sangka lak timbul balik tahun 2022. Ebola dan Chikungunya nanti timbul la tu
 
Back
Top
Log in Register