BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Banjir Di Sabah 💧💧💧


Banjir di Sabah
 
BANJIR | Tiga PPS Dibuka Di Pitas

Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pitas, Sabah bagi menempatkan 311 mangsa daripada 97 keluarga di enam kampung yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.

Perkara itu dimaklum Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah.

 
BANJIR SABAH | 639 Mangsa, 10 Kampung Terjejas

Jumlah mangsa banjir dipindahkan di daerah Pitas, Sabah sedikit menurun kepada 638 mangsa daripada 207 keluarga setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ia berbanding berbanding 719 mangsa daripada 236 keluarga pagi tadi.

 
IMG_20220210_003835_780.jpg

"Selama saya tinggal di kampung ini sejak lahir, ini kali pertama saya berdepan banjir luar biasa seperti ini. Tidak pernah air naik setinggi ini sehingga menenggelamkan jalan kampung yang terletak di kawasan tinggi," kata mangsa banjir, Cyrus Masikah.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews #Banjir2022
 
#Banjir : Jumlah mangsa banjir dari Kampung Suasa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Mohd Dun Banir di sini meningkat kepada 48 orang berbanding 43 orang petang tadi.

 
BANJIR | Lebih 1,000 Penduduk Dipindahkan Ke 10 PPS

Sehingga tengah malam tadi, 1,010 mangsa dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Tenom, Sabah akibat banjir yang melanda daerah itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tenom, Asisten Superitendan Ahmad Razali Shaari berkata 14 kampung telah terjejas termasuk Kampung Pantongan Sapong.

 
BANJIR | 1,958 Mangsa Di Tenom & Beaufort Dipindahkan

1,958 mangsa daripada 733 keluarga yang terjejas akibat banjir di Tenom dan Beaufort ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang beroperasi di Beaufort ialah Dewan Selagon yang menempatkan 218 mangsa dan Dewan DSP Dun Banir yang mempunyai 132 mangsa.

 
semenanjung panas. borneo pula hujan.
 
Banjir Sabah: 142 mangsa di empat PPS

Diterbitkan: Oct 11, 2022 9:41 AM

Dikemaskini: 9:41 AM

ADS



https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/639051
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/639051
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/639051
Seramai 142 orang daripada 36 keluarga mangsa banjir di Sabah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) dalam bencana melibatkan Penampang, Putatan, Papar dan Beaufort, setakat 8 pagi ini.
Jumlah itu meningkat berbanding hanya 88 orang daripada 16 keluarga mangsa banjir melibatkan tiga daerah semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat PPS beroperasi ialah Dewan Kebudayaan di Penampang yang menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga; Dewan PPR Sri Keramat, Putatan (61 mangsa daripada 11 keluarga).
Dua lagi PPS ialah Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU di Papar (10 mangsa daripada dua keluarga); dan Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort (51 mangsa daripada 19 keluarga).
acb33eabc7285d5edd62cabe111ac130.jpg

Kesemua PPS berkenaan masing-masing dibuka pada Ahad dan Isnin susulan hujan lebat berterusan sejak Sabtu lepas.
Cuaca mendung pada pagi ini di sekitar Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa lokasi dan hujan pada sebelah petang di kawasan terlibat kecuali Putatan.
- Bernama
 

464 mangsa dipindahkan akibat banjir di Sabah​

01 Mac 2023 12:18pm

2110858.jpg


Gambar hiasan - Foto 123RF


KOTA KINABALU - Sebanyak 464 orang daripada 166 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda daerah Kota Marudu dan Tongod, pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, 377 orang daripada 149 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Komuniti Kota Marudu manakala 87 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod.

"Kedua-dua pusat pemindahan dibuka lewat malam tadi dan trend pemindahan ketika ini adalah kekal,” menurut kenyataan itu.

Banjir dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan semalam dan cuaca pagi ini cerah di majoriti kawasan di Sabah.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di satu dua tempat di Sabah pada sebelah malam ini, dan cuaca sama diramal berterusan hingga esok.


 
Back
Top
Log in Register