BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Turut Dirasai Di Sabah

Dua Gempa Sederhana Landa Filipina Dalam Tempoh Dua Jam, Tiada Risiko Tsunami Kepada Malaysia​

1e58ef3780ccecebdc589392e04e5bd06a26b999de009

fb Malaysian Meteorological Department

Dua gempa bumi sederhana melanda wilayah Mindanao, Filipina dalam tempoh dua jam petang tadi, namun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa terbaharu dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter berlaku pada 7.22 malam tadi.

Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 48 kilometer (km) pada jarak 112 km Tenggara dari Koronadal City, Filipina.

Terdahulu, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter direkodkan berlaku pada 5.17 petang dengan kedalaman 10 km, berpusat di 171 km Barat Laut dari Pulau Talaud, Indonesia.

Setakat ini, sebanyak 15 orang dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 134 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.9 magnitud melanda Mindanao pada 7.37 pagi tadi.

 
Back
Top
Log in Register