BTC USD 86,430.1 Gold USD 3,040.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Banjir Di Sabah 💧💧💧

Sponsored Post

BANJIR | Sabah Ambil Tindakan Segera Selesai Masalah Kerosakan Jalan

Tindakan segera akan diambil Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, bagi membaiki jalan yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di beberapa daerah negeri itu, ekoran hujan lebat berterusan sejak Khamis lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata kebanyakan jalan berturap yang runtuh adalah di bawah kendalian pihak konsesi telah dilantik oleh kerajaan, dan pihak berkenaan telah diarahkan untuk membaikinya dengan kadar segera.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Suara.TV

38m ·

Dalam lawatan kerja rasmi ke Kota Kinabalu pada hari ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada Negeri Sabah, berjumlah RM 18,241,250.00 bertujuan melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas sentiasa dipelihara.

YAB PM berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam.
Beliau turut bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban.

1631784529892.png
 

Bung ketuai jawatankuasa khas bencana alam Sabah​


September 17, 2021 5:50 PM

Penampang-bomba-pic.jpg


Tiga terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Penampang Rabu lalu selepas hujan lebat berterusan selama beberapa jam. (Gambar Bomba)

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas yang akan mengkaji punca kerap berlaku bencana alam di Sabah.
Bung, yang juga menteri kerja raya negeri berkata, Kabinet Sabah telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengenal pasti punca kejadian khususnya banjir kilat yang kerap berlaku selepas hujan lebat.

Katanya, ketika ini, banjir kilat lazimnya berlaku selepas hujan lebat selama lebih empat jam.
“Tetapi kita tidak tahu daripada mana sumber dan puncanya. Jadi, kita akan buat kajian bagi mengenal pasti dan seterusnya mencari kaedah penyelesaian,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat JKR Sabah.



Beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang perlu untuk mengatasi isu yang dikenal pasti melalui kajian dilakukan.

Bung yang juga pengerusi Umno Sabah berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pelaksanaan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang berjalan menyumbang kepada masalah banjir yang kini semakin memburuk.

Semalam, Naib Presiden Warisan Junz Wong mempersoal usaha yang dilakukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mengurus masalah banjir yang melanda ibu negeri Sabah selain beberapa daerah berdekatan seperti Penampang dan Putatan.
Wong juga mendesak kerajaan negeri mendedahkan status rancangan mitigasi banjir yang melibatkan Kota Kinabalu dan daerah sekitarnya.

“GRS telah berkuasa selama setahun, jadi apa yang terjadi dengan rancangan mitigasi banjir?” soal Wong.
Sementara itu, Bung menjelaskan bekalan air di beberapa kawasan terpaksa dihentikan sementara selepas banjir di Penampang Rabu lalu.
Katanya, ini kerana loji rawatan air (LRA) ditenggelami lumpur dan kotoran sambil menambah kerja pembersihan dan penggantian peralatan yang rosak sedang dilaksanakan.

“Ia akan mengambil masa kira-kira sebulan untuk diganti baharu dan peralatan ini perlu ditempah dari luar negara,” katanya sambil menambah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan menghantar tangki air bagi kegunaan penduduk terjejas.

Cuaca buruk pada Rabu mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Penampang dan beberapa daerah lain di Sabah terjejas teruk.
Hujan lebat tanpa henti selama beberapa jam turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh, termasuk yang mengorbankan tiga nyawa dalam kejadian di kuarters pekerja di Penampang.

Selain itu kira-kira 30 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi tadi.


 

68 mangsa banjir di Penampang, Putatan​

Yun Mikail- September 16, 2021 @ 9:42am
[email protected]

putat16_1631756558.jpg


SITUASI banjir di Kampung Sugud, Penampang setakat pagi ini. Foto IHSAN APM


KOTA KINABALU: Seramai 68 mangsa banjir daripada 27 keluarga dicatatkan di dua daerah di Sabah setakat jam 8 pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, berkata daripada jumlah itu 39 orang daripada 21 keluarga di Penampang, manakala 29 mangsa daripada sembilan keluarga di Putatan.

"Mangsa di Penampang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan, manakala 26 mangsa banjir daripada lima keluarga di Putatan berada di PPS Dewan Sri Serigai dan tiga penduduk terjejas daripada satu keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sri Keramat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, APM Sabah turut menasihatkan orang awam sentiasa berwaspada dengan situasi banjir serta tanah runtuh di seluruh negeri ketika ini.

Menurutnya, ia berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu sehingga boleh mengakibatkan berlakunya bencana alam.

Hujan lebat berterusan beberapa jam sejak petang semalam mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dilanda banjir selain berlaku tanah runtuh.


 

Kedah dapat RM78 juta bantuan banjir, tapi hanya RM2 juta untuk Sabah, soal Ahli Parlimen​


September 17, 2021 10:11 PM

FMT-YB-CHAN-FOONG-HIN-MP-PH-DAP-KOTA-KINABALU-SABAH-210719-4.jpg


Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, Sabah sepatutnya mendapat bantuan banjir lebih banyak sebagai layanan ‘adil’ daripada kerajaan persekutuan.

KOTA KINABALU: Seorang Ahli Parlimen pembangkang Sabah menyelar kerajaan persekutuan memberikan peruntukan RM18 juta untuk bantuan bencana di negeri itu berbanding RM78 juta bagi membantu mangsa banjir di Kedah bulan lalu.
Malah katanya, hanya RM2 juta daripada RM18 juta peruntukan itu akan diagihkan bagi membantu mangsa banjir di Sabah.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dari DAP berkata, keputusan Putrajaya itu menimbulkan kemarahan rakyat Sabah selepas warganet membandingkan peruntukan yang diberikan kepada negeri itu dan Kedah.
“Cukup memalukan, sebagai hadiah sempena Hari Malaysia kepada Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.



“Kedah adalah negeri kecil, tetapi menerima peruntukan RM78 juta. Sebagai perbandingan, Sabah yang lebih besar hanya diberikan RM18 juta,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan RM18,241,250 akan disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada Sabah.

Katanya, wang itu antara lain untuk urusan perolehan 2,000 unit kit makanan berjumlah RM160,000, pembelian 2,500 unit C-tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1.1 juta) dan pengurusan operasi Covid-19 di Sabah (RM16 juta).

Bulan lalu, Ismail mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM78 juta untuk membantu mangsa banjir di Kedah, dengan keutamaan untuk membaiki infrastruktur dan bantuan tunai segera kepada penduduk yang kediamannya rosak.

Dalam tindakan umum pertamanya selepas menjadi Perdana Menteri, Ismail berkata, dana terbabit juga akan digunakan untuk membaiki saliran air dan sungai di Yan serta Merbok, termasuk membina empangan, selain membantu petani padi yang kehilangan hasil dalam banjir berkenaan.

Mengulas lanjut, Chan berkata, RM16 juta daripada RM18 juta yang disalurkan kepada Sabah itu untuk operasi Covid-19.
“Ini bermakna kurang daripada RM2 juta akan digunakan untuk bantuan banjir, dengan sebahagian besar (RM1.1 juta) bagi kos operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana.”

Beliau berkata, Ismail turut menyatakan RM3 juta daripada RM78 juta yang diberikan kepada Kedah untuk membaik pulih rumah dan kerosakan lain dialami mangsa banjir di negeri itu.

“Kedah mendapat RM3 juta untuk membaiki rumah dan kerosakan lain. Jumlah ini sahaja sudah melebihi jumlah keseluruhan peruntukan bukan berkaitan Covid-19 yang diumumkan untuk Sabah.

“Adakah ini sebahagian daripada layanan ‘adil’ daripada kerajaan persekutuan kepada Sabah? Adakah ini yang kita dapat, walaupun kerajaan negeri menyokong Putrajaya?” soalnya.

Chan berkata, beliau turut mendapati kerajaan persekutuan hanya memperuntukkan RM500,000 kepada Sabah bagi kegunaan kerja baik pulih kecemasan tidak dijangka sebelum dan selepas banjir.

Maklumat berkenaan terkandung dalam jawapan kepada soalannya yang dikemukakan di Parlimen Khamis lalu.
“Jadi, apa yang diumumkan Ismail semalam adalah ‘tambahan’ kepada Sabah selepas pantai barat negeri ini mengalami banjir besar sebelum sambutan Hari Malaysia.
“Jika tiada kunjungan PM ke Sabah sempena sambutan Hari Malaysia, adakah rakyat Sabah akan menerima tambahan RM18 juta itu?” soalnya.


 

Ab Jalil Backer

· 1j ·

Atasi Banjir di Sabah, RM18 juta atau RM4.9 bilion?

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Kinabalu (DAP) Chang Foong Hing bahawa Kerajaan hanya memperuntukan RM18 juta untuk masalah banjir di Sabah adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

Selain pengumuman RM18 juta semasa lawatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu, Sabah juga menerima RM 4.9 bilion bagi projek mengatasi banjir tahun ini.

Dalam Sesi Kamar Khas Parlimen 4 September 2021, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air [Dato’ Mansor bin Othman] telah memaklumkan kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu bahawa:
1. Kerajaan sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rampayan, Lembangan Sungai Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Sierra, Lembangan Sungai Telipok, Sabah melibatkan peruntukan berjumlah RM56 juta.

2. Kerajaan juga telah meluluskan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan kos projek sebanyak RM76 juta.

3. Bagi mengatasi masalah banjir di Basin 8, Kerajaan telah meluluskan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damai, Basin 8, Sabah di bawah RMKe-11 dengan kos projek sebanyak RM48 juta.

4. Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM500 ribu di bawah program B.15000 – Kerja-Kerja Kecemasan di Luar Jangka (Sebelum dan Selepas Banjir) tahun 2021 dan peruntukan berjumlah RM600 ribu bagi melaksanakan Projek Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir tahun 2021 di negeri Sabah.

Selain itu laporan media awal tahun memaklumkan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Gurong-Gurong yang bernilai RM27 juta sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2022.

Keseluruhan projek mengatasi banjir di Sabah pada tahun 2021 yang diumumkan ialah RM4.9 bilion tangani masalah banjir di Sabah.
Mungkin Ahli Parlimen KK mudah lupa terhadap semua fakta-fakta ini atau beliau memang suka menghasut kebencian antara rakyat.

1631982268979.png

1631982308207.png
 
Peruntukan itu hanyalah permulaan bantuan pengurusan bencana secara berterusan yang dijamin kerajaan Persekutuan. - Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

Semak fakta sebelum ulas peruntukan di Sabah
| | 19 September 2021



1632027108903.png

Ismail Sabri (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang mengalami kerosakan rumah teruk akibat dilanda tanah runtuh di Kampung Madsiang semasa lawatan kerja ke Sabah pada Isnin lalu. - Foto fail Bernama


KOTA KINABALU - Semua pihak termasuk ahli politik diminta menyemak fakta sebenar sebelum mengulas tentang peruntukan segera bencana RM18.24 juta disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lepas.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peruntukan itu hanyalah permulaan bantuan pengurusan bencana secara berterusan yang dijamin kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah untuk keperluan segera pengurusan bencana termasuk Covid-19 di negeri ini dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah menerima RM8 juta untuk bantuan bencana sebelum ini.

Nizam berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan permintaan peruntukan pengurusan bencana Sabah lebih RM200 juta kepada Ismail Sabri ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara awal minggu lepas.

"Permintaan lebih RM200 juta itu membabitkan peruntukan kira-kira RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir manakala kira-kira RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana Covid-19.

"Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini juga memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi lebih banyak bantuan kepada Sabah," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Nizam berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dari DAP yang mempersoal kerajaan Persekutuan hanya memberikan RM18.24 juta untuk bantuan bencana di Sabah berbanding RM78 juta bagi membantu mangsa banjir di Kedah.

Beliau turut menasihatkan Foong Hin supaya menyemak fakta sebenar tentang perkara itu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Pada Khamis lepas (16 September) kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyalurkan RM18.24 juta kepada Sabah yang disampaikan Ismail Sabri bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara.

Perdana Menteri berkata, peruntukan berkenaan adalah bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-Tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1.1 juta) dan pengurusan operasi Covid-19 sebanyak RM16 juta. - Bernama





 
BANJIR | Bantuan RM1,000 Untuk Mangsa Di Penampang

Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan RM1,000 kepada 937 mangsa banjir di penampang bagi meringankan beban yang dihadapi akibat bencana itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri juga akan membina semula 10 rumah yang dihanyutkan banjir selain menyediakan peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan selepas banjir.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register