BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir: Jumlah Mangsa Dipindahkan Di Sabah Meningkat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
10d52f797f7efb81b14f96fe914c451c68c296127a6af

Foto kredit: JPBN Sabah

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 391 orang daripada 126 keluarga petang ini, berbanding 378 orang daripada 117 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir meningkat di Penampang dengan 244 mangsa daripada 76 keluarga, manakala mangsa banjir berkurangan di Beaufort dengan 147 mangsa daripada 50 keluarga.

Di Penampang, pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang menempatkan 39 mangsa daripada sembilan keluarga, Dewan Huguan Siau (146 mangsa, 48 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (59 mangsa, 19 keluarga).

Sementara itu, semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) di Selagon.

“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir, dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register