BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir: Jumlah Mangsa Dipindahkan Di Sabah Berkurangan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
bc4979da848396fa782dd12683a8505b68c4d8b86ff3b

Kredit: JPBN Sabah

Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 378 orang daripada 117 keluarga pagi ini, berbanding 396 orang daripada 126 keluarga semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 224 mangsa daripada 64 keluarga dipindahkan di Penampang, manakala 154 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan di Beaufort.

Di Penampang, pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Sukan Penampang menempatkan (39 mangsa, 9 keluarga), Dewan Huguan Siau (142 mangsa, 45 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (43 mangsa, 10 keluarga).

Sementara itu, semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) di Selagon.

“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir, dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register