BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Upacara Miring Punya Potensi Besar Sebagai Warisan Kebangsaan - Aaron

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Upacara Miring Punya Potensi Besar Sebagai Warisan Kebangsaan - Aaron​

c78537340296f3489613889966d47a0d6a126399842d1


Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan upacara tradisional masyarakat Dayak, iaitu ‘miring’ diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan.

Cadangan itu disuarakan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang memandangkan upacara itu mempunyai potensi besar untuk diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara pada peringkat kebangsaan dan seterusnya dipertimbangkan di bawah UNESCO.

Justeru, beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara perlu mewartakan upacara ini sebagai Warisan Kebangsaan terlebih dahulu agar ia dapat didokumentasikan, dipelihara dan dipromosikan secara lebih menyeluruh.

“Melihat kepada nilai budaya, sejarah, dan keasliannya, upacara miring merupakan ritual tradisi yang kaya dengan nilai spiritual, kesyukuran, penghormatan kepada alam, dan permohonan kesejahteraan.

“Ia masih diamalkan hingga kini terutama dalam sambutan Gawai dan majlis adat masyarakat Dayak,” katanya ketika merasmikan Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2026, di sini malam tadi.

Mengulas usaha pemeliharaan budaya Dayak, Aaron turut memuji kejayaan negara apabila tarian ngajat diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada 2007, sekali gus mencerminkan komitmen negara dalam memartabatkan budaya masyarakat pribumi.

Beliau juga menyeru semua pihak terus memainkan peranan dalam memastikan warisan tradisional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa terpelihara bagi menyatukan rakyat.

“Dengan perpaduan yang kukuh, negara kita akan terus aman dan harmoni. Warisan budaya yang kita miliki bukan sahaja mencerminkan sejarah dan jati diri sesuatu kaum tetapi juga menjadi asas kepada keharmonian masyarakat di negara ini,” ujarnya.

Majlis bagi menyambut ketibaan perayaan Gawai itu dianjurkan bersama oleh Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Sarawak Dayak National Union (SDNU) Sibu, dan Orang Ulu National Association (OUNA) Sibu.

 
Back
Top
Log in Register