Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ketika tinjauan fotoBernama hari ini.
Aidilfitri disambut meriah di seluruh negara dengan masjid dan surau menjadi tumpuan umat Islam bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi ini sebelum meneruskan tradisi kunjung mengunjung.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Umat Islam menyambut 1 Syawal dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid serta surau di seluruh negara dalam suasana penuh kesyukuran dan kemeriahan.
Cuaca baik dimanfaatkan sepenuhnya dengan mereka mula memenuhi masjid dan surau seawal 7 pagi untuk bertakbir sebelum menunaikan solat sunat itu serta mendengar khutbah raya.
Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.
Hadir sama ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, menteri-menteri Kabinet serta para perwakilan asing.
Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.
Selesai menunaikan solat, Sultan Nazrin menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah di Makam Diraja.
Di KEDAH, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir di Alor Setar dengan lebih 2,000 jemaah yang turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Di PERLIS, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama lebih 2,000 jemaah di Dataran Istiadat Istana Arau yang dipimpin Imam Besar Perlis Ustaz Amnan Wuthqa Azanol.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua turut berangkat menunaikan solat sunat di situ, yang juga disertai Menteri Besar Abu Bakar Hamzah.
Umat Islam Sambut Syawal Dengan Solat Sunat Aidilfitri Di Seluruh Negara
solat, Aidilfitri, masjid, Agong, negeri, rangkuma