combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Umat Islam Sambut 1 Muharam Dengan Mengimarahkan Masjid dan Surau
Umat Islam berdoa memohon rahmat dan perlindungan Allah SWT sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448H/2026M, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketibaan 1 Muharam disambut dengan penuh penghayatan dan keinsafan apabila umat Islam di seluruh negara malam ini mengimarahkan masjid dan surau untuk bersama-sama mengikuti pelbagai pengisian rohani sempena Maal Hijrah 1448H/ 2026M.
Antara program yang diadakan ialah bacaan Yasin, doa akhir dan awal tahun Hijrah, solat berjemaah, tazkirah serta munajat yang disertai jemaah pelbagai peringkat usia, sekali gus menandakan bermulanya lembaran baharu dalam kalendar Islam.
Sambutan itu bukan sahaja memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW, malah menjadi medan muhasabah diri, memperteguh keimanan serta memperbaharui azam dalam usaha meningkatkan amal ibadah, di samping memohon keberkatan, petunjuk dan rahmat Allah SWT.
Di PUTRAJAYA, lebih 1,000 jemaah menyertai program Majlis Bacaan Doa Maal Hijrah dan Tausiyah Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Masjid Putra di sini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Program yang bermula sejak 4 petang itu diisi dengan aktiviti kerohanian serta ibadah termasuk tadabbur Al-Quran oleh pendakwah dan qari terkenal antaranya Ustaz Hassan Adli, Ustaz Tirmizi Ali dan Ustaz Aiman Ridhwan.