BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umat Islam Dinasihat Bersederhana Sambut Aidilfitri, Elak Pembaziran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
eb8755cce7c17e460981dede0f331bd069ba55913b62c

dd80efc9b00cbbd440118aa9c86a643069ba55b8dfaca

Gambar Hiasan

Umat Islam di negara ini disaran menyambut Aidilfitri secara  sederhana dan mengelakkan pembaziran khususnya dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini.

Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim berkata sambutan Aidilfitri adalah satu ibadah yang penuh makna, namun ia tidak seharusnya diraikan secara berlebih-lebihan kerana Islam melarang amalan pembaziran.

Beliau turut mengingatkan umat Islam agar berbelanja mengikut keutamaan dan kemampuan, selain mengelak perbelanjaan bersifat menunjuk-nunjuk atau sekadar mengikut trend semasa.

“Perbelanjaan perlu diberi keutamaan kepada perkara penting seperti pendidikan anak-anak dan keperluan kesihatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat terus berbelanja secara berhemat sepanjang meraikan Syawal.

Anwar sebelum ini menegaskan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, semua pihak perlu mengurus kewangan secara berdisiplin sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan.

Mengenai amalan rumah terbuka, Zamri berkata penganjurannya seharusnya berlandaskan tujuan asal iaitu merapatkan ukhuwah serta saling bermaafan, bukannya menonjolkan kemewahan.

Beliau berkata pembaziran sering berlaku apabila rumah terbuka disertai dengan persembahan artis terkenal yang memerlukan kos tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

“Menu biarlah sederhana dan munasabah. Jangan terlalu memikirkan bentuk sambutan sehingga melupakan objektif asal, iaitu ziarah-menziarahi.

 

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI: PERANCANGAN DIBUAT LEBIH AWAL, TAK WAJAR BATAL ELAK PEMBAZIRAN​

March 18, 2026


6f0f1801-0d05-48ab-853e-abd019a2e0b6.jpeg



Oleh: Roslinda Hashim

KUBANG PASU - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah diteruskan walaupun Kerajaan Persekutuan tidak menganjurkannya kerana segala persiapan telah dibuat lebih awal.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua perancangan dilaksanakan lebih awal dan tidak sewajarnya membatalkannya bagi mengelak pembaziran.

Menurut beliau, penganjuran acara tahunan itu juga tidak memberi implikasi kewangan tinggi berikutan ia dianjurkan secara gotong-royong bersama agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kita sudah pasang khemah, perolehan pun selesai dan makanan telah ditempah awal. Jadi kita teruskan seperti dirancang. Siapa ada kelapangan, pakat mai. Kita juga sediakan duit raya kepada kanak-kanak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Daerah Kubang Pasu di Masjid Ar-Rahmah, Melele, dekat sini.

Sanusi turut menjangkakan kehadiran lebih ramai pengunjung pada tahun ini berikutan masih dalam musim cuti persekolahan.

Orang ramai dijemput menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah yang akan diadakan di Seri Mentaloon pada 27 Mac ini bermula pukul 5 petang hingga 10 malam.

Sebelum ini, terdapat segelintir pihak mempertikaikan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kedah susulan Kerajaan Persekutuan tidak menganjurkan sebarang acara berkaitan.

Sementara itu, Sanusi menasihatkan anak perantauan yang pulang ke kampung halaman agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.

“Jangan pandu dalam keadaan kalut atau mengantuk. Kalau letih, berhenti rehat dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

“Sekelip mata cuai boleh menyebabkan kemalangan. Jika letih, lebih baik berhenti daripada meneruskan perjalanan dalam ketidaktentuan. Saya doakan semua dalam perjalanan pulang ke Kedah selamat tiba bertemu keluarga masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, sempena Ramadan, beliau turut menyeru masyarakat supaya saling bermaafan dan membersihkan hati.

“Kita maafkan orang yang pernah menyakiti kita dan saya juga memohon maaf jika ada kata-kata yang mengguris perasaan mana-mana pihak. Dengan memaafkan, hati akan lebih tenang,” katanya.

Terdahulu, seramai 600 penerima di daerah ini menerima sumbangan melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jitra, Kota Siputeh, Bukit Kayu Hitam dan Ayer Hitam dengan setiap DUN diwakili 150 penerima.

Penerima terdiri daripada guru al-Quran, jurumandi jenazah, penggali kubur, bomoh patah, bidan kampung serta mualaf.

Menurut Sanusi, program itu merupakan majlis berbuka puasa terakhir di peringkat daerah bagi tahun ini selepas beliau menghadiri program sama di beberapa daerah lain sebelum ini.

“Tahun ini saya pilih lima daerah sahaja, berbanding sebelum ini melibatkan semua 12 daerah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, Kerajaan Negeri telah menyalurkan sumbangan kepada kira-kira 5,400 penerima di seluruh Kedah tahun ini dan jumlah itu berpotensi ditingkatkan pada masa hadapan.

“Kalau rezeki negeri bertambah, kita harap tahun depan boleh capai sehingga 7,000 penerima,” ujarnya.

 
Back
Top
Log in Register