BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular sawa telan kambing

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
photo_2019-10-16_17-13-56_1571217296.jpg

ULAR sawa menelan seekor kambing di Kampung Muhibah di Beserai, Batu Pahat. FOTO Ihsan Bomba










PASUKAN Bomba dan Penyelamat menunggu hampir setengah jam sebelum menangkap ular sawa sepanjang hampir 5.4 meter ketika reptilia itu menyerang kandang kambing di Kampung Muhibah, Peserai di Batu Pahat, pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Ridwan Gembur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9 pagi memaklumkan ular sawa itu masuk ke dalam kandang kambing di kampung berkenaan.

Berikutan itu, katanya, sepasukan tujuh anggota dari BBP Batu Pahat membabitkan satu jentera dikejarkan ke lokasi bagi menangkap ular berkenaan.

“Apabila tiba, kami dapati ular itu sudah menelan seekor kambing dan anggota kami ‘mengganggu’ ular berkenaan menggunakan kayu dan besi supaya ia memuntahkan semula kambing yang ditelan itu.

“Kami terpaksa berbuat demikian kerana penjerut ular yang digunakan tidak muat untuk menangkap ular berkenaan ketika kambing masih berada di dalam perutnya,” katanya.

Ridwan berkata, kira-kira 25 minit kemudian, ular berkenaan memuntahkan semula bangkai kambing sebelum pasukan itu berjaya menangkap ular berkenaan.

Katanya, selepas ditangkap ular seberat kira-kira 160 kilogram itu dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/507584/ular-sawa-telan-kambing
 
Sian ular tu tak sempat nak makan. Kalau ye pun bagilah dia makan habis dulu. Dah lah lama berpuasa tu kot.
 
Tunggu 25 minit ular sawa memuntahkan kambing
ulartelankambbi_1571223116.jpg

ULAR sawa 160 kilogram yang berjaya ditangkap di Kampung Muhibah di Peserai, Batu Pahat. - Foto ihsan bomba











BATU PAHAT: Pasukan Bomba dan Penyelamat menunggu kira-kira 25 minit untuk ular sawa memuntahkan semula kambing yang cuba ditelannya sebelum boleh menangkap reptilia itu.

Kejadian berlaku di sebuah kandang kambing di Kampung Muhibah di Peserai, Batu Pahat sebelum itu dimaklumkan kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat kira-kira jam 9 pagi.

Berikutan itu, sepasukan tujuh anggota dengan sebuah jentera diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Ridwan Gembur dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira 18 kaki sedang berusaha menelan seekor kambing di dalam sebuah kandang.

Ridwan berkata, pihak bomba terpaksa menunggu ular berkenaan memuntahkan semula kambing yang cuba ditelannya kerana penjerut yang digunakan tidak muat dengan mengusiknya menggunakan besi dan kayu.

“Kira-kira 25 minit kemudian, ular berkenaan memuntahkan semula kambing itu namun kambing itu sudah mati.

“Selepas berjaya ditangkap, ular seberat kira-kira 160 kilogram itu kemudiannya dihantar kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Batu Pahat,” katanya sambil menyatakan bomba mengambil masa hampir 45 minit untuk menyelesaikan operasi ini.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/618489/tunggu-25-minit-ular-sawa-memuntahkan-kambing
 
ada x video animasi ke cane la tulang belulang binatang yg di makan ular tu hancur dlm perut ular..???
berapa lama ambik masa nak hancurkan semua???
 
Ular memang akan muntahkan balik makanan kalau dia stress.
Aku pernah tengok ular tedung masuk dalam perangkap tikus, telan 2 ekor tikus dalam tu.
Last2 masa nak keluar badan tak muat, terus muntahkan balik baru lepas keluar.
 
Back
Top
Log in Register