BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keluarga tewaskan ular sawa hampir 100 kilogram

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,496
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,496
Reaction score
347
Points
141
Geli-sawa21-scaled.jpg

SEEKOR ular sawa seberat hampir 100 kilogram ditewaskan oleh satu keluarga. - Foto Tangkap Layar/New York Post

MIAMI – Seorang pemburu ular di Florida, Amerika Syarikat (AS) bersama isteri dan dua anak mereka berjaya menewaskan seekor ular sawa Burma seberat 92 kilogram dalam satu pergelutan, lapor portal berita New York Post semalam.

Menurut portal berita Naples News, Carl Jackson, seorang pemburu ular sawa Burma dengan Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) berada di Everglades pada 13 Januari lalu untuk menangani spesies invasif apabila dia menemui reptilia besar itu.

Jackson, 43, terkejut melihat saiz besar ular itu sepanjang 5 meter apabila reptilia tersebut membelit kakinya dan menarik mangsa.

“Ia seperti menunggang kuda perlahan-perlahan. Ia sungguh gila,” katanya kepada akhbar  tempatan.

Namun, Jackson yang berasal dari Utah dibantu oleh isteri, Tasha dan anak-anak mereka, Ryker Young, 20 serta Jazzyln Bateman, 16, menarik ular itu dari kakinya.

Ini merupakan pengalaman luar biasa bagi Tasha, Young dan Bateman yang baru sahaja disahkan sebagai pembantu Jackson untuk membantu menangkap ular sawa di Florida.

Menurut FWC, reptilia yang dibunuh oleh keluarga ini merupakan ular sawa Burma kedua paling berat yang pernah ditangkap di Florida.

Ular sawa paling berat ditangkap pada 2022 adalah  97 kilogram, kata FWC. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register