BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular sawa 4 meter melingkar atas kabel elektrik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ular sawa 4 meter melingkar atas kabel elektrik​

geli-ular-1.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan ular sawa gergasi itu melingkar di atas kabel elektrik baru-baru ini. - Portal Tuban

JAKARTA – Pengunjung sebuah acara di Tuban, wilayah Jawa Timur terkejut apabila menemui seekor ular sawa gergasi sepanjang 4 meter melingkar di atas kabel elektrik, lapor portal berita Portal Turban.

Penemuan mengejutkan itu berlaku semasa acara Haul Sunan Bonang, baru-baru ini.

Rakaman video kejadian menunjukkan reptilia itu berlingkar di atas kabel elektrik ketika pengunjung berjalan di bawahnya.

Kemunculannya menyebabkan beribu-ribu pengunjung dan peniaga menjauhkan diri kerana bimbang ular itu jatuh menimpa mereka.

Jabatan Bomba Kabupaten Tuban dan pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap dan memindahkan ular sawa tersebut.

“Ular sawa gergasi berjaya ditangkap dalam masa kurang 10 minit.  Ular ini dibawa ke lokasi yang sesuai agar tidak mencetuskan bahaya dan mengganggu  orang ramai,” kata polis.

Orang ramai diminta tidak bertindak sesuka hati apabila menemukan ular yang besar dan segera menghubungi pihak berkuasa. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register