BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular hitam panjang 5 meter masuk kedai kopi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ular hitam panjang 5 meter masuk kedai kopi​

geli-ular-1.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan reptilia itu menyusur ke kawasan kaunter pembayaran pada waktu pagi. - TikTok

JAKARTA – Pengunjung dan pemilik sebuah kedai kopi di Pasuruan, wilayah Jawa Timur berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa sepanjang 5 meter menyelinap masuk ke dalam premis  itu, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Desa Ranggeh, daerah Gondang Wetan, baru-baru ini.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan ular gergasi itu menyusur secara perlahan dari jalan raya berhampiran  ke kawasan kaunter pembayaran sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan).

Pekerja yang menemukan reptilia tersebut bergegas menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 145,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Ular itu ingin mencari kopi,” kata seorang netizen.

“Saya pernah pengsan di dalam tandas selepas menemui seekor anak ular,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register