BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk tangkap ular 7 meter baham kambing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Penduduk tangkap ular 7 meter baham kambing​

ular-sawa-ragam-viral.jpeg

Orang ramai melihat ular sawa gergasi yang ditangkap selepas membaham seekor kambing ternakan baru-baru ini. - Istimewa

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di wilayah Sulawesi Tenggara menangkap seekor ular sawa gergasi sepanjang 7 meter yang masuk ke dalam kandang haiwan ternakan  dan menelan seekor kambing, lapor laman  berita Kendari Info.

Kejadian berlaku di Desa Wasilomata, daerah Mawasangka, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan ular menyamai saiz paha orang dewasa itu diikat dengan tali dan pita pelekat sebelum dibunuh.

Seorang pengguna platform Facebook bernama Kai Mulet Gacor berkata, ia merupakan penemuan kedua ular sawa di kandang kambing penduduk.

“Seekor ular sawa ditemui di kandang kambing buat kali kedua dan kali ini, saiznya jauh lebih besar.

“Beberapa hari lalu, reptilia sama sempat membaham seekor kambing milik penduduk  sebelum dibunuh,” katanya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register