BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tunku Azizah Rasmi Klinik Perubatan Sukan SASMEC@IIUM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tunku Azizah Rasmi Klinik Perubatan Sukan SASMEC@IIUM​

77409ac4df4cb257758f0363e8a94d166a5dd39eb99f4

--kredit Jabatan Penerangan Pahang

Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyempurnakan perasmian Klinik Perubatan Sukan IIUM (ISMEC) di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM) di sini hari ini.

Tunku Azizah yang juga Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertitah pelancaran ISMEC menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan SASMEC@IIUM ke arah memajukan penjagaan kesihatan khusus.

“Ia mencerminkan komitmen jitu institusi ini dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan sukan yang komprehensif melalui pencegahan, rawatan, pemulihan dan peningkatan prestasi selain mempromosikan masyarakat yang lebih sihat dan aktif,” titah baginda semasa berucap pada majlis itu.

Majlis itu diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 SASMEC@IIUM.

Pada majlis itu, Tunku Azizah turut menyempurnakan penjenamaan semula Unit Reproduktif kepada Unit Reproduktif Lanjutan Tunku Azizah SASMEC@IIUM (TiARA).

Tunku Azizah bertitah amat berbesar hati serta terharu kerana unit reproduktif itu kini menggunakan nama baginda dan menambah langkah tersebut melambangkan komitmen bersama-sama untuk memajukan penjagaan kesihatan reproduktif.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar satu penghormatan peribadi tetapi sebagai komitmen untuk bersama-sama memajukan bidang penjagaan kesihatan reproduktif serta membawa sinar harapan baharu kepada individu dan keluarga dalam perjalanan mereka ke arah keibubapaan,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas sokongan berterusan terhadap pembangunan SASMEC @IIUM, terutamanya melalui kelulusan terkini bagi Wad Psikiatri di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia ke-13.

Tunku Azizah bertitah juga berasa gembira kerana cadangan untuk menambah kapasiti hospital daripada 300 kepada 600 katil yang diusulkan baginda sebelum ini, mendapat maklum balas positif kementerian.

 
Back
Top
Log in Register