BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tunku Azizah Berangkat Ke Majlis Santunan Kasih UIAM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
26e4c72a32d4f3c87c89d05aa4e9aa1a69cba76735f54

52db05794e5d6814ea7997d22445e83f69cba7483e3e2

Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertitah pada Majlis Santunan KASIH UIAM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan.

Turut kelihatan Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain (kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santunan Kasih di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.

Mengiringi Tunku Azizah yang juga Ketua Perlembagaan UIAM ialah Tengku Panglima Raja Brigadier Jeneral Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Presiden UIAM Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Pada majlis itu, Tunku Azizah turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 120 pelajar asnaf dan insentif kepada pelajar–atlet UIAM yang mengharumkan nama universiti serta negara menerusi pencapaian pingat pada Sukan SEA ke-33 dan Sukan Para ASEAN ke-13 pada 2025.

Sementara itu, dalam titah ucapan baginda, Tunku Azizah bertitah program itu merupakan manifestasi nyata komitmen UIAM terhadap ummah.

Baginda bertitah pelajar asnaf menerima sokongan melalui Tabung Khairat UIAM Kuantan dan turut dibantu menerusi Tabung Endowmen UIAM (IEF).

"Kemiskinan seorang anak muda tidak seharusnya menentukan batas masa hadapan mereka … anda tidak dilupakan, komuniti ini berdiri teguh di belakang anda.

"Gunakanlah sokongan ini sebagai batu loncatan, belajarlah dengan penuh dedikasi, berkhidmat dengan rasa syukur, dan satu hari nanti hulurkan kembali bantuan kepada mereka yang memerlukan," titah Tunku Azizah.

Tengku Ampuan Pahang turut menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet terlibat atas pencapaian cemerlang mereka dan kebanggaan yang dibawa kepada UIAM dan Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register