BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tular 1 Syawal Jatuh Jumaat, Masyarakat Dinasihat Tidak Buat Spekulasi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
df1acd0a9b37f5470be7bfa3b6ef145669a23593e295a

Kredit: FB - Jabatan Mufti Negeri Perak

Umat Islam dinasihatkan tidak membuat spekulasi awal berhubung 1 Syawal dan ​menunggu pengumuman rasmi pihak berautoriti.

Jabatan Mufti Negeri Perak dalam kenyataan menasihatkan masyarakat ​bertenang serta memahami bahawa perbezaan daripada jangkaan adalah perkara yang boleh berlaku dalam disiplin falak.

“​Takwim Hijrah yang diedarkan kepada umum disusun berdasarkan data hisab sebagai panduan perancangan tahunan.

“Walau bagaimanapun, penetapan rasmi 1 Syawal adalah tertakluk kepada proses rukyah hilal pada petang 29 Ramadan serta pengisytiharan pihak berautoriti dan sebarang perbezaan antara jangkaan takwim dan keputusan rasmi bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem penentuan awal bulan Islam,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi jabatan itu.

Menurut kenyataan tersebut, Malaysia mengamalkan pendekatan rukyah dan hisab secara bersepadu, secara prinsip falak apabila hilal (anak bulan) berada di atas ufuk ketika matahari terbenam, ia mempunyai potensi untuk dilihat.

​Bagaimanapun, dalam konteks di Malaysia tahap kebolehlihatan hilal bergantung kepada beberapa parameter teknikal seperti ketinggian hilal (altitud) dan jarak antara bulan dan matahari (elongasi).

“Hilal yang terlalu rendah atau hampir dengan ufuk mempunyai potensi kenampakan yang sangat lemah walaupun secara teorinya ia telah wujud. ​Oleh itu, kewujudan hilal di atas ufuk tidak semestinya menjamin kenampakan secara fizikal,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Jabatan Mufti Negeri Perak memaklumkan ​keadaan cuaca seperti awan tebal, jerebu atau gangguan atmosfera adalah cabaran utama dalam proses cerapan.

Menurut jabatan itu, walaupun secara hisab hilal dijangka mempunyai potensi untuk dilihat walaupun tidak memenuhi kriteria, faktor cuaca boleh menghalang penampakan sebenar.

 
Back
Top
Log in Register