BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tulang Di Pantai Batu Ferringhi Disahkan Tulang Kuda, Bukan Manusia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tulang Di Pantai Batu Ferringhi Disahkan Tulang Kuda, Bukan Manusia​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Polis mengesahkan beberapa batang tulang yang ditemui di belakang sebuah restoran di kawasan pantai Batu Ferringhi di sini hari ini adalah tulang kuda bukan tulang manusia seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan tulang itu kira-kira 1.30 tengah hari dan anggotanya terus ke lokasi bagi membuat pemeriksaan lanjut.

"Pihak polis yang hadir ke lokasi mendapati tulang itu lebih panjang daripada biasa sebelum pemeriksaan lanjut oleh Pakar Perubatan Forensik Dr Chandroth Navin Pankajakshan mengesahkan ia adalah tulang kuda dan bukan tulang manusia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu orang ramai yang melalui kawasan pantai itu gempar dengan penemuan tulang tersebut kerana dikhuatiri sisa rangka manusia sebelum mereka melaporkannya kepada polis.

 
Back
Top
Log in Register