BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Tukar Sekolah,berlainan negeri??

CikZJ

Active+ Member
Messages
3,098
Joined
Nov 14, 2008
Messages
3,098
Reaction score
1
Points
30
hi~
Anak saya tahun 2012, darjah 6 berada di sebuah sekolah NEGERI SEMBILAN...

Saya bercadang 2013, tingkatan 1 ... saya berpindahkan dia bersekolah di SELANGOR, PUCHONG...

Saya ada mengisi borang , dimana setiap darjah 6 perlu isi untuk/bercadang menuntut di sekolah berdekatan...( menulis alamat tinggal dan nama sekolah di PUCHONG)

Masalahnye selain mengisi borang tersebut, apa yang perlu saya lakukan?

Tolong ~ :((
 
masa sy nk tuka skolah dr perak ke ampang dulu, ape yg my parents buat ialah isi borg, and then g skolah yg nk masuk tu, tnye ade kosong lg ke..kalo kosong boleh proceed masuk skolah tu..

tp sy dulu tukar skolah mase form 3 :)
 
emm, xth la plk. masa form 4 dlu ada la jgk mintak nak tukar sekolah. mak aku isi borang. besoknya terus masuk sekolah baru. dari terengganu ke pahang.

ada sesetengah sekolah buat diorg kasi sijil taman benti sekolah. reason dlm tu tulis tukar sekolah. bawak sijil tu pergi ke sekolah baru.
 
Cam nie kalau nak tukar sekolah..
1. Ikhtiar
2. Isi borang tukar.
3. Kenal pasti sekolah nak tukar tu sekolah kawalan JPN atau PPD.
4. Kalau kawalan JPN, borang tukar submit ke JPN
5. Kalau kawalan PPD, borang tukar submit ke PPD
6. Alamat surat menyurat/tempat tinggal kena paling hampir dengan sekolah..kalau jauh kena hantar sekolah lain la
7. Kalau boleh try tanya sekolah tu ada kosong atau tak
8. Habis UPSR terus mohon tukar..takut kekosongan diisi oleh pelajar lain
9. Kalau pertukran diluluskan..pastikan folder kesihatan pelajar dibawa ke sekolah baru..
biasanya habis UPSR folder ini akan dihantar ke sekolah menengah yang berada didalam zon yang sepatutnya seseorang pelajar itu ditempatkan di tingkatan 1..
10. Akhir sekali berdoa agar pertukaran dan sekolah yang diminta diperkenan oleh Allah.
Lupa lak..pastikan dokumen ini disediakan..
i. Salinan kad pengenalan ayah dan ibu pelajar
ii. Salinan sijil lahir pelajar
iii. Salinan sijil nikah ayah dan ibu
iv. Bil elektrik atau air rumah yang baru (rumah yang nak pindah kat puchong tu)
Harap maklumat nie dapat membantu.. :)
 
oh~ jadi kena isi borang pertukaran? sekarang atau akhir tahun nanti???
 
Kena tunggu akhir tahun lepas UPSR
 
oh~ jadi kena isi borang pertukaran? sekarang atau akhir tahun nanti???

sekarang pun boleh. tp bila nak exam nanti kena datang balik la kat sekolah lama kalo nama dh daftar utk exam. itu yg saya th la
 
Back
Top
Log in Register