BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Caj RM30, tapi tukar bateri kalkulator pelanggan dengan remote kedai

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Caj RM30, tapi tukar bateri kalkulator pelanggan dengan remote kedai

PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai elektronik dikecam selepas tular rakaman memaparkan dia menukar bateri kalkulator pelanggan dengan bateri terpakai pada kadar caj RM30.

Menerusi video tular itu, pelanggan tersebut merupakan seorang pelajar yang datang ke kedai terbabit bersama ibunya bagi membaiki kalkulator saintifiknya akibat dimasuki air.

Pekerja berkenaan kemudian membuka bahagian belakang kalkulator itu untuk diperiksa selain bertindak membersihkan serta mengeringkan komponen dalaman alat pembelajaran tersebut sebelum menggantikan bateri yang sudah rosak.

“Kita tengok dulu, boleh baiki kita baiki, kalau tak boleh kena beli baru. Tak mahal pun kalkulator (macam ini) dalam RM60 macam itu,” katanya.

Pekerja itu dilihat menggantikan dengan bateri terpakai yang diambil daripada alat kawalan jauh (remote) kedai berkenaan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak profesional tersebut mendakwa cara itu merupakan satu penipuan meskipun pekerja berkenaan membuat penukaran di hadapan pelanggan terbabit.

“RM30 untuk keringkan kalkulator? Bateri pun pakai yang dah guna pada remote kedai, agak melampau sebab hanya melibatkan satu sahaja bateri, harga itu memang mengundang bang,” tegur seorang pengguna.

“Periksa pastu tukar bateri (ambil dari remote) caj RM30, kalau bateri baru tak apa, faham lah juga. Itu bateri yang kau dah guna letak dekat remote,” komen Deyanna.

Selepas teruk dikecam, pekerja kedai terbabit tampil memberikan penjelasan lanjut menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok kedai tersebut.

Jelas pekerja itu, dia sebenarnya ingin mencari bateri baru yang masih berada dalam bungkusan asal, namun tidak menemuinya dan sebagai penyelesaian segera lelaki tersebut terus mengambil bateri daripada ‘remote’.

Tegasnya, bateri ‘remote’ itu sebenarnya juga masih baharu dan caj yang dikenakan kepada pelajar tersebut adalah munasabah.

“Untuk water damage (kerosakan disebabkan air) telefon, biasanya caj RM60 hingga RM80. Saya pula pertama kali membaiki kalkulator. Kita ikut harga standard, tapi rendah lagi. Lagi murah dari harga asal (water damage).

“Itu hanyalah harga upah baiki. Kita dah beritahu dulu harga berapa, pelanggan pun setuju tanpa masalah. Pelanggan okey saja dengan harga tu. Mahal atau murah adalah pilihan. Mereka setuju, kita baiki. Mereka tak setuju, kita tak baiki,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Artikel➡️ Kosmo
 
Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pihaknya akan membuat siasatan dengan memberi notis kepada peniaga kedai berkenaan.

Katanya, peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat mengenai harga barangan dibaiki itu.

"Sama ada betul atau tidak harga RM30 yang dikenakan untuk membaiki kalkulator, jadi kedai (peniaga) itu perlu kemuka semua maklumat mengenai caj yang dikenakan.

"Siasatan akan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan rasmi mengenai caj RM30 yang dikenakan untuk membaiki kalkulator.

Katanya, pihaknya mengetahui kes itu selepas ia tular di media sosial.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang peniaga di Kota Bharu mengenakan bayaran RM30 kepada seorang pelajar untuk membaiki kalkulator yang rosak akibat terkena air.

Tindakan itu mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan caj berkenaan berikutan didakwa tidak munasabah.

Pemilik kedai kemudian tampil menjelaskan bahawa caj itu membabitkan kos perkhidmatan bagi kerosakan akibat terkena air dan bukannya sekadar menukar bateri.


Artikel : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register