BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pasaraya Yin Onn terpaksa samak troli, pelanggan bawa anjing masuk troli

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
14287359132040213-415831.jpg

14287359132040213-415832.jpg

14287359132040213-415833.jpg


Anjing dalam troli: Premis barangan bayi mohon maaf


TELUK INTAN – Sebuah premis barangan bayi di sini, memohon maaf kepada pelanggan selepas tular kejadian seorang pelanggan meletakkan seekor anjing di dalam troli ketika membeli-belah di premis tersebut.

Pihak pengurusan dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan segera telah diambil sebaik sahaja insiden itu disedari dengan memaklumkan kepada pelanggan wanita berkenaan haiwan peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam premis tersebut.

Katanya, pelanggan tersebut juga telah diminta untuk membawa anjing berkenaan keluar dengan segera.

Menurut kenyataan itu, pihaknya memandang serius kejadian yang berlaku susulan kebimbangan pelanggan beragama Islam berkaitan aspek kebersihan dan kesucian.

“Sejak kejadian tersebut, pihak pengurusan telah mengambil langkah mendapatkan nasihat dan panduan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Hilir Perak berhubung proses pembersihan yang sewajarnya.

“Premis kami akan ditutup sementara pada 5 Ogos 2026 bagi membolehkan proses pembersihan dilaksanakan mengikut panduan yang diberikan dan hanya akan dibuka semula selepas proses tersebut selesai,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak pengurusan turut memohon maaf atas kebimbangan, ketidakselesaan serta kesilapan yang berlaku dan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut.

“Kami dengan setulus hati memohon maaf atas kebimbangan, ketidakselesaan dan kesilapan yang berlaku dan kami mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap insiden ini dan amat kesal atas kejadian tersebut,” katanya.

Insiden berkenaan sebelum ini tular di media sosial selepas gambar seekor anjing diletakkan di dalam troli dipercayai di sebuah premis barangan bayi mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Artikel Malaysia Gazette
 
14287360564184389-415835.jpg

14287360564184389-415836.jpg

14287360564184389-415837.jpg

14287360564184389-415838.jpg

14287360564184389-415839.jpg

14287360564184389-415840.jpg

14287360564184389-415841.jpg

14287360564184389-415842.jpg

14287360564184389-415843.jpg


Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan tetap dan semua pihak yang telah memberikan teguran, pandangan serta cadangan dengan segera berhubung insiden yang berlaku.

Maklum balas anda telah membantu kami bertindak dengan pantas dan mendapatkan nasihat daripada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan mengenai kaedah pembersihan yang betul.

Berdasarkan panduan yang diberikan, pihak kami telah melaksanakan proses sertu terhadap troli dan kawasan yang terjejas. Proses pembersihan dilakukan menggunakan air yang bercampur dengan tanah bersih sebanyak sekali, diikuti dengan enam kali basuhan menggunakan air bersih.

Gambar-gambar yang dikongsikan dalam hantaran ini merupakan sebahagian daripada proses dan tindakan yang telah kami laksanakan.

Selain itu, kami juga telah:

✅ Memasang papan tanda “Haiwan Peliharaan Tidak Dibenarkan / No Pets Allowed” di pintu masuk premis
✅ Memberikan taklimat semula kepada semua kakitangan mengenai SOP yang perlu dipatuhi
✅ Memperketatkan pemantauan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang
✅ Membuat perancangan untuk menggantikan troli sedia ada dengan troli baharu apabila bekalan diterima

Akhir sekali, Pihak kami tidak akan memuat naik rakaman CCTV berkaitan insiden tersebut ke Facebook atau mana-mana platform media sosial Atas pertimbangan privasi pelanggan lain yang turut mungkin dirakam.

Kami memandang serius setiap teguran dan amat menghargai keprihatinan para pelanggan terhadap kebersihan serta kesucian premis kami.

Sekali lagi, kami memohon maaf atas kebimbangan dan ketidakselesaan yang telah berlaku. Terima kasih atas teguran, sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami.

Pihak Pengurusan
YIN ONN (TELUK INTAN) SDN BHD
 
Back
Top
Log in Register