BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tren pecut 800 kilometer sejam dalam 5 saat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Tren pecut 800 kilometer sejam dalam 5 saat​

kereta-api.jpeg

KERETA api laju beroperasi di atas landasan bertingkat di Nanjing, wilayah Jiangsu di timur China pada 25 Januari 2026. - AFP

BEIJING – Sebuah kereta api laju yang sedang diuji di China memecahkan rekod dunianya sendiri apabila bergerak dari sifar  ke kelajuan 800 kilometer (km) sejam dalam masa kira-kira lima saat, lapor laman berita The Independent.

Dalam ujian dijalankan di landasan sejauh 1 km di Makmal Donghu, wilayah Hubei, kereta api Maglev seberat 1.1 tan itu mencatat masa pecutan tepat 5.3 saat daripada keadaan pegun.

Kereta api Maglev menggunakan daya magnet untuk mengangkat keseluruhan badannya di atas landasan dan bergerak tanpa geseran, manakala medan magnet yang dijana oleh gelung di sekeliling landasan memacunya ke hadapan.

Selepas memecut dari sifar ke 800 km sejam, kereta api itu berhenti dengan lancar secara dalam jarak kira-kira 200 meter.

Ini merupakan kali ketiga dalam tempoh enam bulan kereta api  sama memecahkan rekod dunia pecutan jarak pendek.

Kereta api Manglev itu pertama kali diuji pada Jun 2025, apabila ia mencatatkan kelajuan 650 km sejam dalam masa tujuh saat  sekali gus mencipta rekod dunia.

Ia kemudian memecahkan rekodnya sendiri dalam beberapa ujian seterusnya, mencapai kelajuan 700 km sejam dan 798 km sejam. – AGENSI

 
5 saat 800KMPH..peh..gila mat

Kapal terbang pun amik masa 15-30 saat utk capai dalam 300KMphh utk air borne lift off
 
Laju, hilang graviti penumpang dalam tu hihi
 
safety mesti kaw2 punya ni..kalu jd kemalangan mmg trus jd lempeng
 
800km perhour
Penang ke KL dlm masa 30 minit kalau tolak confounding factor
Tak sempat layan netflix
 
Back
Top
Log in Register