BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki kayuh basikal hampir 300 kilometer sejam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
kayuh-basikal-ragam.jpg

Campbell melakukan percubaan memecah rekod dunia itu di negeri Arkansas pada 5 Oktober lalu. - SWNS

LITTLE ROCK, ARKANSAS – Seorang lelaki Britain memecah rekod dunia kerana mengayuh basikal pada kelajuan 283.06 kilometer sejam di belakang sebuah trak pikap berkuasa tinggi untuk menghasilkan arus gelincir  lapor portal bertia Gulfshore Business.

Neil Campbell mencatatkan rekod dunia untuk kayuhan basikal terpantas dalam arus gelincir.

Percubaan itu dilakukan di negeri Arkansas, Amerika Syarikat pada 5 Oktober lalu.

Pencapaian Campbell mengatasi dirinya sendiri yang dicatatkan pada 2019 dengan kelajuan mencecah 280.55 kilometer sejam.

Menurut Campbell, dia merancang untuk menjadi orang pertama mengayuh basikal mencecah kelajuan 321.86 kilometer sejam.

Lelaki berkenaan melakukan percubaan itu dengan menunggang basikal khas dilengkapi sistem pacuan canggih dan gear besar.

Dia akan menyerahkan bukti percubaan itu kepada Guinness World Records untuk pengesahan rasmi. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register