BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki ‘wheelie’ basikal lebih 150 kilometer

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
wheelie-basikal-ragam.jpg

Delaite memecahkan rekod dunia untuk aksi ‘wheelie’ paling jauh dengan menunggang basikal di Perancis. - Instagram

PARIS – Seorang lelaki Perancis menempa nama dalam Guinness World Records kerana  melakukan aksi ‘wheelie’ sambil mengayuh basikal sejauh 150.4 kilometer, lapor portal berita Bike Radar.

Oscar Delaite mencatatkan rekod dunia untuk aksi ‘wheelie’ paling jauh itu dengan menunggang basikal jenama Rose Bikes, baru-baru ini.

Percubaan itu dilakukan di sebuah trek larian di Vittel, timur laut Perancis.

Delaite mengambil masa kira-kira 6 jam dan 31 minit serta 752 pusingan untuk melengkapkan jarak tersebut.

Dia pernah memecahkan beberapa rekod dunia termasuk aksi ‘wheelie’ paling jauh dengan basikal tanpa roda  hadapan  pada jarak 100.5 kilometer. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register