balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Shieh Li (kanan) ketika menceritakan detik cemas selepas membuat laporan polis.
< 1 / 2 >
KUANTAN - Seorang pembantu operasi premis produk kecantikan berdepan detik cemas ditarik dua lelaki dan hanya mampu mengikut arahan mereka masuk ke dalam sebuah stor tempat kerjanya dalam kejadian samun di Jalan Air Putih, di sini pagi semalam.
Lebih mengejutkan, dua lelaki berkenaan bertindak menyamun premis itu yang berada hanya kira-kira 200 meter dari Balai Polis Air Putih sebelum mereka bertindak mengikat gadis berkenaan dan melarikan sebuah kereta mengandungi produk kesihatan bernilai RM60,000 melintasi balai berkenaan.
Mangsa, Yeow Shieh Li, 21, ketika ditemui berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, gadis terbabit berada di hadapan premis itu untuk membuka pintu tetapi tiba-tiba didatangi dua lelaki lalu bertindak kasar menariknya ke dalam bangunan berkenaan.
“Mereka kemudiannya menarik saya masuk ke dalam stor sebelum memecahkan kamera litar tertutup (CCTV) dan mengikat tangan saya,” katanya.
Shieh Li yang masih trauma berkata, lelaki itu sempat memberitahu bahawa mereka hanya mahukan duit dan mengambil beg tangannya yang mengandungi beberapa dokumen penting, telefon pintar jenis Samsung S11 dan wang tunai RM300.
Katanya, selepas itu, kedua-dua lelaki yang bercakap dalam bahasa Inggeris itu kemudiannya berlari memasuki stor kedua dan mengambil tiga kotak produk kesihatan dan membawanya keluar premis.
Bimbang akan dicederakan, Shieh Li berkata, dia hanya berdiam diri dan keluar dari stor itu selepas pasti dua lelaki itu sudah keluar dari premis.
“Sebaik keluar dari premis, saya lihat mereka sudah mengundurkan kereta milik saya. Ada seorang lelaki cuba menahan kereta yang dipandu pencuri itu tetapi gagal,” katanya.
Dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 11.20 pagi.
Sementara itu, peniaga, Woon Kok Kong, 35, berkata, ketika keluar dari kedainya, dia nampak dua lelaki menaiki kereta jenis Perodua Myvi keluar ke arah jalan besar.
“Seorang lelaki cuba menahan kereta itu tetapi mereka terus pergi,” katanya.
Bagaimanapun, kereta Perodua Myvi itu ditemui di tepi masjid Tanjung Api dekat sini setengah jam kemudian tanpa produk kesihatan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/trauma-ditarik-dua-lelaki-1.194136