BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Maut Tertimbus Tanah Di Jeli

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

Dua Lelaki Maut Tertimbus Tanah Di Jeli​

1c70f691625f3cf179edd50998164f566a0e56752449c

d15ca3fde0eaad6cc46ab3dd00810b6e6a0e56969ed41

Kredit JBPM

Dua lelaki maut tertimbus dalam runtuhan tebing tanah di kawasan anak sungai dekat Ladang Sawit Jerimbong, Jeli semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Izuan Che Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 8.20 malam.

Beliau berkata mangsa dikenali Muhamad Ali Akhbar, 38, dan Mohamad Noor Illyas Suhaisham, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tertimbus dalam tanah setinggi dua meter.

"Mayat mangsa pertama dijumpai pada 9.25 malam manakala mayat mangsa kedua pada 11.18 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 
Back
Top
Log in Register