BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,314.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Beranak Maut Kemalangan Di Jeli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,416
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,416
Reaction score
346
Points
141
f4fb20a54728b49124778872491c26e56943e86c69749

Kredit : Bomba Kelantan

Dua beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kampung Batu Melintang, Jeli, hari ini

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Mohammad Asraf Mat Nazi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.59 tengah hari dan kemalangan melibatkan Lexus dan Perodua Alza yang bertembung.

“Akibat perlanggaran itu, Perodua Alza terbalik dan terjatuh ke bawah tebing jalan dengan dua mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Arif Azhari, 39, dan Alif Fitri, 16, manakala pemandu sebuah lagi kenderaan yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan awal di tempat kejadian.

Operasi yang melibatkan lapan anggota bomba ditamatkan pada 3.47 petang dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register