BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Pakistan Didakwa Rogol Wanita Indonesia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
24dfedafbd274c1a02f238ba61b9514769fc54f20b423

Dua lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia secara berkumpulan, bulan lepas.

Ali Arshad, 36, dan Habib Ur Rahman, 43, didakwa bersama-sama merogol mangsa berusia 23 tahun di sebuah unit hotel di Jalan Imbi di sini antara 9.58 malam pada 14 April hingga 9.30 pagi, 15 April lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu serius dan berkemungkinan kedua-dua tertuduh akan melarikan diri.

Terdahulu, peguam S. Vinesh yang mewakili Ali memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan kesalahan itu kali pertama dilakukan anak guamnya yang menetap di Malaysia selama 18 tahun dan bekerja di sektor perladangan.

Pada prosiding hari ini, Habib Ur tidak diwakili peguam.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan sehingga kes selesai dan menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Back
Top
Log in Register