combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Dasar pembangunan yang diamalkan di Malaysia sejak hampir 70 tahun lepas memerlukan transformasi seiring tuntutan teknologi semasa bagi mencapai hasrat menjadi sebuah Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030.
Pensyarah Jabatan Seni Bina Landskap, Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Sallehuddin Mat Noor berkata model pembangunan inovatif co-creation atau penciptaan bersama dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) perlu menjadi keutamaan bagi melaksanakan Bandar AI, sekali gus beralih daripada pendekatan konvensional kepada model yang lebih dinamik.
“Model co-creation ini memerlukan perubahan dasar kerajaan-swasta dan awam yang mempraktikkan nilai masyarakat yang lebih holistik, dengan penggunaan AI perlu berteraskan data sebenar serta mematuhi nilai dan etika masyarakat.
“Selain itu, bentuk guna tanah pada masa hadapan juga perlu fleksibel bagi mendepani keperluan teknologi AI serta cabaran perubahan iklim yang sukar diramal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Sallehuddin yang juga ahli Persatuan Arkitek Landskap Awam Malaysia menyarankan agar sektor terlibat tidak lagi terikat dengan mentaliti “business as usual” sebaliknya beralih kepada visi yang lebih menyeluruh terutama dalam mengenal pasti 22 seksyen industri di negara yang dijangka terkesan secara langsung oleh arus automasi dan teknologi AI.
Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar (RISE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata walaupun kesiapsiagaan infrastruktur AI negara dilihat kukuh, masih wujud jurang ketara yang boleh menjejaskan ekosistem AI nasional sekiranya tidak ditangani segera.
“Antara kelemahan utama ialah aspek kesediaan data dan bakat. Jika tidak diatasi, ia boleh menjejaskan sasaran Malaysia untuk menjadi negara berteraskan AI menjelang 2030,” katanya.
Beliau berkata Malaysia kini berada pada landasan untuk menjadi hab pusat data ASEAN dengan unjuran menampung hingga dua per tiga kapasiti rantau ini menjelang 2035, namun perkembangan pesat itu telah memberi tekanan kepada sistem utiliti negara, khususnya bekalan elektrik dan air.
Transformasi Pembangunan Seiring Teknologi Pacu Malaysia Ke Arah Negara AI - Pakar
bandar pintar, AI, negara AI, Dr Mohd Sallehuddin