BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TM perluas perkhidmatan TMgo

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menerusi TM Negeri Sembilan, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia dengan pelancaran perkhidmatan 4G, TMgo di Bahau, di sini, hari ini.

Ia sebahagian usaha berterusan TM bagi menyediakan perkhidmatan selaras Pelan Jalur Lebar Negara bagi menyampaikan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP) di seluruh negara.

"TMgo kini boleh didapati di empat lokasi di Bahau, Batu Kikir, Juasseh dan Bandar Sri Jempol.

"Ia bakal memberi manfaat kepada kawasan yang kurang menerima perkhidmatan dengan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi," kata Pengurus Besar TM Negeri Sembilan Ir Ramlan Omar, pada majlis pelancaran di Bahau, di sini.

Pada majlis itu, TM turut mengadakan demonstrasi perkhidmatan TMgo bagi kemudahan orang ramai.

Menurut Ramlan, perkhidmatan TMgo yang ditawarkan di Negeri Sembilan sejak awal tahun ini, menggunakan teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE) bagi penghantaran jalur lebar lebih pantas yang merentasi segmen berbeza.

"Produk ini adalah sebahagian pelan TM menjadi penyedia perkhidmatan bersepadu yang sebenar. Menerusinya, kami menumpukan kepada aspek pengalaman pelanggan bagi perkhidmatan jalur lebar serta data secara menyeluruh dan bukan sahaja daripada perspektif teknologi atau peranti.

"TMgo memberikan perkhidmatan jalur lebar terpantas di pasaran kepadapenduduk di Negeri Sembilan, termasuk menikmati akses internet berkelajuan purata 1-5 Mbps dan boleh mencecah sehingga 20Mbps.

"Akses yang lebih pantas boleh dinikmati apabila TM meningkatkan liputan secara berperingkat pada masa akan datang," katanya.

TMgo ditawarkan bagi akses data menerusi pilihan 'dongle USB' dan MiFi prabayar. Bagi harga pengenalan, pakej permulaan TMgo ditawarkan pada RM115 untuk pilihan Pek SIM dan 4G 'LTE USB Adaptor (dongle)' dan RM315 untuk pilihan Pek SIM dan 4G 'LTE Mobile Router (MiFi),' termasuk kuota data 2GB percuma serta kuota 'Super Bonus' 500MB percuma selama 6 bulan.

Setelah data prabayar digunakan sepenuhnya, pelanggan boleh menambah nilai mengikut keperluan menerusi pilihan pek nilai RM10 untuk 1GB, RM30 untuk 3.5GB dan RM50 untuk 6GB dengan tempoh sah tujuh hari, 30 hari dan 60 hari berserta data bonus.

Tawaran bonus tambah nilai data sebanyak 500MB akan diberikan kepada pelanggan yang menambah nilai RM30 dan 1GB untuk tambah nilai RM50. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register