BTC USD 84,170.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tlgggg.... Claim Prudential x lepassss

statement Syarikat Insurans tak bermasalah. yang bermasalah kebanyakannye adalah agent. tu memang betul. so bile ambik insurans, selain nilai company, produk yang ditawarkan, kene nilai ejen juga. tapi manusia berubah-ubah. mungkin hari ni ok.. lagi setahun, mula buat perangai. ni sikit guide untuk pilih agent:

1. Pilih yang kenal. nak paling senand, suruh member-member recommend.
2. Pilih yang dekat. kalau dekat memang takde, carik yang jauh pon OK as long kita boleh percaya agent. sebenarnye kemasukan ke hospital tuh automated. tak yah bagitau agent pon. pakai med card dan masuk as long as kita tau terms and conditions.
3. ambil tau pasal agency yang agent tu wakili. sepanjang polisi kita hidup, mungkin agent tuh dah tak jadi agent dah. so bile dia tak jadi agent, kes kita akan berpindah kepada "upline" dia. so ambik tau jugak agency yang dia wakili and mane nak carik. pape hal boleh refer pada agency.
4. Pastikan anda juga berilmu bab nak buat claim nih. kadang-kadang buat sendiri lagi cepat daripada tunggu agent. Paling senang, refer website company atau call customer service.

Proses nak tukar agent sebenarnye susah and leceh. so kalau boleh, pilih agent yang betul-betul kita comfortable with dari mula. kalau nak tukar jugak, ada prosesnya. so boleh teruskan.

Daripada cerita TT nih, saya rasa macam ada masalah dengan polisi. So untuk kepentingan diri kita sendiri, saya cadangkan berikut:

1. bayaran untuk polisi dibuat automatik. buat lah pakai standing instruction dari bank, credit card atau debit card. elakkan bayar kepada ejen dan mintak ejen bayarkan. kita tak tau masalah yg ejen hadapi. kalau dia ada masalah kewangan, mungkin dia rembat dulu duit kita. bila ada duit baru dia bayarkan. kesannya, mungkin polisi kita lapse and bile nak pakai, tak boleh. bayar premium kepada company, bukan kepada ejen.
2. make sure agent explain pasal terms and conds especially untuk medical card. make sure anda tahu pasal WAITING PERIOD dan INCONTESTABILITY PERIOD. syarat-syarat yang paling ketat dalam banyak-banyak rider adalah medical card. so pastikan anda tau betul-betul.
3. dari semasa ke semasa, pastikan anda dapat surat atau apa-apa daripada company. yang paling penting, dapat statement untuk claim income tax setiap tahun. kalau anda dapat surat tuh, maknanya polisi anda masih aktif.
4. luangkan sedikit masa untuk baca polisi anda. dalam polisi diceritakan dengan detail apa yang cover, apa yang tidak. syarat-syarat nak buat claim. apa terms & conditions. kalau ada dispute apa nak buat. semua ada dalam tuh. takde yang P&C. in case bila timbul masalah dan agent dah tak aktif, kita sendiri tau apa nak buat.
5. yang paling penting, bila anda dah sign up, pastikan anda dapat polisi anda. jangan biar agent simpan atau "agent kata dia simpan"

harap dapat membantu sedikit sebanyak
 
boleh ke tukar ejen tp msh syarikat insurans yg sama? perlu terminet insurans yg lama dn mohon baru?

boleh tuan. aku pernah handle satu kes claim utk client ejen lain.
ejen MIA, aku yg buat report semua. dan pihak claim prubsn pun aware yg ejen tu dah hilang.
kalau kes mcm TT ni, sama mcm kes aku. so nk mintak tukar lg senang.

TT boleh check sendiri dgn prudential status claim.
kadang2 tu ada requirement yg kena penuhi. kena isi report gitu gini. mungkin ejen terlupa nk buat report kot. atau mungkin ada masalah dgn claim.
apapun, ejen tt patut inform elok2 sebab2 kelewatan claim.
kalau explain elok2 mungkin client xmarah.
 
Xda ke Ejen prubsn nk tolong akak ni direct..
 
sakit nak masuk hospital kena ada insurans, nak pendidikkan pun kena ada insurans... semua dah jd sumber duit

tak da ke yg sistem yg lebih baik dari insurans utk bantu kemashalatan umum terutama sekali umat islam...
 
Kebanyakan agent tahap pendidikan cap ayam sebab itu macam tu...baca bahasa Inggeris pun x tahu
Kikikikiki
 
Kebanyakan agent tahap pendidikan cap ayam sebab itu macam tu...baca bahasa Inggeris pun x tahu
Kikikikiki

Cap ayam tu tahap mane tuan..yg sy tau semua ilmu ni Allah punya..xreti bahasa inggeris, boleh baca b.melayu..sy ckp ni pun sbb sy pun agen (b4 ni keje lecturer)..ramai agen ins dlm ni xkisahla company mana pun..rasenye terasa jugak kami bila tuan ckp mcm tu..bg sy la, tahap pendidikan tu xpenting janji kene ckp yg benar and paling penting kene ade adabla sesama manusia baru hidup aman selalu..:)
 
Kebanyakan agent tahap pendidikan cap ayam sebab itu macam tu...baca bahasa Inggeris pun x tahu
Kikikikiki

jgn hina org mcm tu abam mohdamin..honda abam mohdamin dh makin laju ke..??ramai geng2 cg nk ajak lomba tu..:eek::eek:
 
Xda ke Ejen prubsn nk tolong akak ni direct..

Ade dah rasenye ejen minta TT pm mslh sebenar..sy pun dah tanye tt utk cerita lebih jelas..tggu tt je la..mgkin tt busy skrg ni..hopefully semua boleh setel dgn cpt..:)
 
Cap ayam tu tahap mane tuan..yg sy tau semua ilmu ni Allah punya..xreti bahasa inggeris, boleh baca b.melayu..sy ckp ni pun sbb sy pun agen (b4 ni keje lecturer)..ramai agen ins dlm ni xkisahla company mana pun..rasenye terasa jugak kami bila tuan ckp mcm tu..bg sy la, tahap pendidikan tu xpenting janji kene ckp yg benar and paling penting kene ade adabla sesama manusia baru hidup aman selalu..:)

jgn di lyn mohd amin tu..dia pernah mencetuskn fenomena lawak antara bangsa kt cg ni..
 
Back
Top
Log in Register