BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tingkatan Enam Pendidikan Pascamenengah, Persediaan Masuk Universiti - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7e7c2ff06f6ef86783abfb423e15f0d369a302d813647

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelajar Tingkatan Enam kini dikategorikan di bawah pendidikan pascamenengah adalah sejajar dengan program prauniversiti, asasi dan matrikulasi bagi meningkatkan persediaan mereka memasuki alam universiti.

“Saya arah supaya semua Tingkatan Enam masuk kategori post-secondary (pascamenengah). (Contoh) kalau saya Tingkatan Enam, saya tidak suka dianggap macam anak sekolah. Jadi kita buat perubahan dasar, semua post-secondary adalah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sesi santai bersama pelajar dan mahasiswa sempena Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Kompleks Seri Perdana hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata pengkategorian itu juga dilaksanakan selepas program Tingkatan Enam dikatakan “terabai” berbanding program matrikulasi dan laluan prauniversiti lain.

Pada 20 Jan lepas, Anwar pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 dilaporkan berkata KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan Enam dan matrikulasi bermula tahun ini, sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok itu secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi.

 
Back
Top
Log in Register