BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Putuskan Tingkatan Enam Kekal Di Bawah Pengurusan KPM - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,697
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,697
Reaction score
97
Points
80

Kerajaan Putuskan Tingkatan Enam Kekal Di Bawah Pengurusan KPM - PM Anwar​

4376cdecffc0a4e2c65acf36e660c67f6a6814d304a90

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sistem pengurusan prauniversiti Tingkatan Enam dikekalkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa aspek melibatkan pengurusan pelajar Tingkatan Enam selain skim berkaitan perkhidmatan guru.

“Buat masa sekarang, saya putuskan supaya prauniversiti Tingkatan Enam masih di bawah KPM,” katanya ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga KPM di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan.



Berita lanjut menyusul

 
Back
Top
Log in Register