BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Pendidikan Komited Terus Sokong Pelajar Tingkatan Enam - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kementerian Pendidikan Komited Terus Sokong Pelajar Tingkatan Enam - Fadhlina​

bcd1ab2a24763c8793378886fdee6ba26a1309f46a686

038ea223f64131be413e5325725148316a1309ebf0fa1

fb Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek komited untuk terus memberikan sokongan kepada pelajar tingkatan enam, meskipun program prauniversiti selepas ini akan dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau berkata keputusan itu diambil atas ketetapan bahawa semua program prauniversiti akan diselia oleh KPT.

“Barangkali ini ucapan terakhir saya bersama anak-anak tingkatan enam. Selepas ini mereka akan diserahkan kepada kementerian yang baharu di bawah KPT.

“Pastinya saya akan merindui anak-anak tingkatan enam yang sangat berdedikasi dan sentiasa mendukung aspirasi pendidikan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Kebangsaan menerusi pilihan raya, bagi memilih pemimpin mereka sendiri, selain pelaksanaan program tingkatan enam dengan kolaborasi institusi pengajian tinggi awam di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di samping itu, kementeriannya turut menyediakan Bantuan Awal Persekolahan untuk pelajar tingkatan enam, serta memperluas penubuhan Kolej Tingkatan Enam.

“Peruntukan RM50,000 setahun turut disediakan untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Kebangsaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah atas penganjuran Kongres Prauniversiti peringkat negeri Pulau Pinang dan berharap suara pelajar terus memainkan peranan dalam mengangkat martabat pendidikan negara.

 
Back
Top
Log in Register