BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan Tegas, Caj Baharu Atasi Isu Kontena Tersadai Di Pelabuhan Sepanggar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tindakan Tegas, Caj Baharu Atasi Isu Kontena Tersadai Di Pelabuhan Sepanggar​

32bddc792c84e2449c72efdef77a9ca36a61ffd6666b2

4d3380a5da639215e87611e9d27871176a620038d3a0a

Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick

Kredit: Datuk Ewon Benedick


Tindakan tegas oleh Kerajaan Negeri Sabah dan caj pelabuhan baharu berjaya mengatasi isu kontena tersadai di Pelabuhan Sepanggar di sini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata langkah itu memastikan pemilik 103 kontena yang tersadai melebihi 21 hari dengan tempoh paling lama mencecah 407 hari mengeluarkan kontena mereka.

Beliau berkata langkah menetapkan caj baharu bertindak sebagai pencegahan berikutan kadar dahulu yang terlalu murah menyebabkan pemilik cenderung menyimpan kontena di pelabuhan berbanding menyewa di luar.

“Di bawah pelan tindakan baharu, pihak pelabuhan turut menetapkan syarat bahawa mana-mana kontena yang dibiarkan melebihi 21 hari boleh dilupuskan mengikut peraturan.

“Sebaik kita memaklumkan perkara ini, pemilik dengan segera mengeluarkan kontena dan ruang tersebut dapat digunakan untuk kontena baharu,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Penswastaan) (Pindaan) 2026.

RUU bagi meminda Enakmen Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Penswastaan) 1998 kemudian diluluskan dengan lebih suara menyokong di hadapan Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Richard Yong We Kong selepas dibahas empat ahli dewan.

Mengenai rayuan persatuan pengguna pelabuhan untuk kajian semula kadar caj, Ewon berkata kementerian itu sentiasa terbuka untuk mengadakan sesi libat urus secara berterusan bagi mencapai penyelesaian saksama kepada semua pihak.

“Langkah inklusif turut diambil dengan menerapkan wakil persatuan pengguna pelabuhan, persatuan pemilik kapal dan persatuan penghantaran ke dalam pasukan khas kerajaan bagi membolehkan perbincangan bulanan dijalankan secara berstruktur,” katanya.

Mengenai RUU itu, Ewon berkata pindaan dilakukan berikutan penstrukturan portfolio kerajaan negeri yang menyaksikan hal ehwal pelabuhan dipindahkan daripada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah.

 
Back
Top
Log in Register