BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menara Baharu Atasi Isu Internet Kampung Seberang Gajah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Menara Baharu Atasi Isu Internet Kampung Seberang Gajah​

bf64290f04bc1df664ad735a4a3f65f86a4f904655739

fb Teo Nie Ching

Isu capaian internet yang dihadapi penduduk Kampung Seberang Gajah di sini bakal diselesaikan menerusi pembinaan sebuah menara telekomunikasi baharu yang dirancang di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata walaupun terdapat dua menara telekomunikasi sedia ada berhampiran kawasan itu, liputan yang disediakan masih tidak meluas dan gagal memenuhi keperluan penduduk setempat.

Beliau berkata susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi membina menara baharu bagi menangani masalah liputan internet di kawasan tersebut.

"Pelan pembinaan menara baharu ini sudah dirancang dan pihak syarikat kini sedang menunggu kelulusan permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum kerja pembinaan dimulakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan prestasi perkhidmatan telekomunikasi bersama MCMC dan wakil syarikat penyedia perkhidmatan di Kampung Seberang Gajah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Teo menggesa proses kelulusan permit dan kerja pembinaan menara berkenaan dipercepatkan bagi memastikan penduduk dapat menikmati perkhidmatan internet yang lebih stabil dan berkualiti dalam tempoh terdekat.

Turut hadir dalam sesi tinjauan itu ialah Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri Bukhari Yahya, Pengarah Pejabat Wilayah Selatan MCMC Rizal Abd Malek serta wakil syarikat telekomunikasi.

 
Back
Top
Log in Register