BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Penyalahgunaan Visa Pelawat - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0654ce047cc88026f8b1ad11d05a255269677819a3530

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan di Menara Komunikasi.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tindakan susulan akan diambil oleh agensi penguatkuasaan terhadap warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja di Malaysia, dengan pemantauan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata isu berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Kita (Jemaah Menteri) telah membincangkan beberapa masalah yang telah dibangkitkan oleh komuniti perniagaan dan beberapa pihak yang lain mengenai keberadaan warga asing yang telah menyalahgunakan visa sebagai pelawat untuk bekerja  di Malaysia dalam beberapa sektor.

“Tindakan susulan akan diambil oleh badan-badan penguatkuasaan dan pemantauan akan dibuat oleh pihak KDN,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Sebelum ini, KDN dilaporkan menyatakan komitmen untuk memperkukuh kawalan sempadan dan membanteras penyalahgunaan kemudahan imigresen menerusi pendekatan menyeluruh di tiga peringkat iaitu sebelum ketibaan, di pintu masuk dan dalam negara.

Langkah itu memberi tumpuan khusus kepada isu pelawat asing yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja atau berniaga secara tidak sah di Malaysia.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Lembaga Majlis Media Malaysia baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai satu pencapaian penting dalam usaha menubuhkan majlis berkenaan.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, ahli-ahli majlis memaklumkan mereka memerlukan sedikit masa untuk menguruskan aspek pentadbiran asas sebelum dapat melaksanakan peranan dengan lebih menyeluruh.

“Setelah beberapa perkara asas ini dapat diselesaikan, mereka memberi komitmen untuk menguruskan isu kod etika para wartawan, termasuk mekanisme untuk menerima aduan daripada khalayak umum berhubung isu-isu berkaitan pelaporan media,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register