BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Pertingkat Tindakan Terhadap Penipuan Dalam Talian Melalui ONSA - Fahmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146
975841a0408cbc0431c1d97808c036a76999587b1452d

82a24cb1c44f1601909af0b8667a94bd699958a2c537d

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap merasmikan Program Penyatuan Seni dan Budaya di KL Gateway Mall hari ini.

Kementerian Komunikasi menegaskan komitmen untuk membanteras taktik penipuan dalam talian yang semakin berleluasa di platform media sosial menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA), yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pada masa ini, pendekatan regulatory sandbox atau medan ujian regulatori sedang dijalankan bagi meneliti mekanisme kawal selia terhadap platform media sosial termasuk had umur bagi memastikan mereka memahami sepenuhnya akta itu.

“ONSA terpakai kepada platform-platform dan sekiranya mereka terus membenarkan kejadian seperti deepfake AI, penipuan pelaburan serta judi dalam talian maka denda yang besar boleh dikenakan antara RM1 juta hingga RM10 juta.

“Kita beri mereka sedikit masa untuk memastikan mereka faham segala tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Penyatuan Seni dan Budaya di KL Gateway Mall di sini hari ini.

Beliau berkata selain memastikan ekosistem digital yang selamat, pelaksanaan itu penting bagi mengekang aktiviti jenayah termasuk penipuan dan penyebaran kandungan yang memudaratkan perkembangan mental kanak-kanak.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis sindiket penipuan yang menjanjikan pulangan besar dengan modal kecil, dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tawaran pelaburan di platform media sosial.

Mengenai program hari ini, Fahmi menyambut baik inisiatif penganjur yang melibatkan kira-kira 20 reruai produk kebudayaan serta kesenian dari Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi memberikan tumpuan penuh kepada industri kreatif merangkumi muzik, animasi dan filem termasuk yang telah pun berjaya dieksport ke pasaran Indonesia seperti Upin dan Ipin serta Papa Zola.

“Saya percaya dengan sokongan yang dapat kita beri, termasuk melalui agensi-agensi seperti Finas, MyCreative Ventures dan banyak lagi, lebih banyak produk industri kreatif Malaysia dapat kita bawa ke peringkat Asia Tenggara dan seterusnya ke seluruh dunia,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register