combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tiga penjawat awam agensi penguatkuasaan di sebuah daerah di Sabah direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 antara tahun 2022 hingga 2024.
Rasuah itu didakwa sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Don Stiwin Malanjum di Tawau selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan antara 4 dan 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Tawau.
“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024 dan telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing.
“Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa turut dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan bernilai kira-kira RM500 hingga RM30,000 seorang daripada beberapa syarikat kenderaan berat,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Tiga Penjawat Awam Di Sabah Direman Seminggu Bantu Siasatan Kes Rasuah RM500,000
SPRM, penjawat awam, agensi penguatkuasaan, rasuah