BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Pegawai Terima Watikah Penempatan Jawatan Baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiga Pegawai Terima Watikah Penempatan Jawatan Baharu​

97f0adf41896422801857fa8290676f86a391137d5667

fb Jabatan Perkhidmatan Awam

Tiga pegawai termasuk dua daripada Kementerian Komunikasi, menerima watikah penempatan ke jawatan baharu berkuat kuasa hari ini.

Mereka ialah Khalid Mohamed sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam; Erwin Khairul Ahmad sebagai Ketua Pengarah Penerangan; serta Wan Saidatul Shafina Mohd Amin selaku Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan watikah penempatan baharu tersebut disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Turut mengiringi sesi penyampaian watikah tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail dan Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan, JPA Aida Maizura Mazlan.

JPA mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan berharap agar mereka terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

 
Back
Top
Log in Register