BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yayasan Peneraju Buka Permohonan Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

Yayasan Peneraju Buka Permohonan Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu​

e7702ca53711d17eb3df0b746197de4f6a4b4e5194033

Kredit: FB - Yayasan Peneraju

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera membuka permohonan bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu bermula hari ini hingga 20 Julai depan bagi memastikan proses pengisian jawatan utama dibuat secara telus, teratur dan berasaskan merit, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Ketua Pegawai Eksekutif baharu perlu mempunyai keupayaan untuk memacu hala tuju strategik dan memperkukuh peranan yayasan dalam membangunkan bakat Bumiputera, khususnya bagi sektor bernilai tinggi dan pekerjaan masa depan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju itu berkata Yayasan Peneraju memerlukan pemimpin yang bukan sahaja mempunyai rekod kepimpinan yang kukuh, tetapi juga pengalaman dalam bidang teknologi, transformasi digital, inovasi, pembangunan bakat, strategi korporat dan sektor pertumbuhan baharu.

“Ini penting supaya bakat bumiputera, khususnya anak muda, dapat dipersiapkan untuk pekerjaan berkemahiran tinggi, berpendapatan lebih baik dan mampu menyumbang kepada ekonomi bernilai tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pelantikan ini penting bagi memastikan program Yayasan Peneraju kekal relevan dengan perubahan landskap ekonomi dan teknologi, termasuk keperluan pekerjaan berkemahiran tinggi, pendigitalan, kecerdasan buatan dan sektor bernilai tinggi.

Sementara itu, Kementerian Ekonomi memaklumkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera membuka permohonan bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu susulan peletakan jawatan Ibrahim Sani, berkuat kuasa 1 Julai 2026.

“Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju sedang mencari seorang pemimpin berwawasan dan berpengalaman, dengan keupayaan kepimpinan, strategik serta tadbir urus yang kukuh bagi menerajui fasa pertumbuhan dan transformasi organisasi yang seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Ekonomi memaklumkan antara kriteria utama yang ditetapkan termasuk calon bumiputera berumur 35 tahun dan ke atas, dengan sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman kerja merentasi pelbagai industri dan peranan, termasuk minimum lima tahun pengalaman dalam jawatan kepimpinan kanan atau peringkat C-suite.

Calon juga perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan profesional yang diiktiraf atau kelayakan setara.

 
Back
Top
Log in Register