BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga maut ditembak di sebuah restoran di Kota Tinggi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0d4e6e2177016ef1fa16c220350ed91669e4b260868f9

5cbb2b50c755e22c774a1197d65f29a669e4b2735b24e

4cd257de381fc6eaa8498f87cec57b6b69e4b284f2383

kredit: Hazrol Zainal

Dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditemukan maut akibat ditembak di sebuah restoran di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata kesemua mangsa berusia lingkungan 37 hingga 63 tahun dan dipercayai ditembak menggunakan senjata api jenis shotgun serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pusat Kawalan Daerah (DCC) menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira 1.30 tengah hari dan bertindak atas maklumat, kita menahan seorang lelaki tempatan berumur 71 tahun kira-kira 200 meter dari tempat kejadian pada 2 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rahaman berkata pihaknya turut membuat rampasan terhadap senjata buatan Benelli M/Super yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau berkata suspek yang merupakan pekebun, didapati mempunyai tanah pertanian yang melayakkannya memiliki lesen senjata api dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjaga musuh tanaman dan bukan bagi tujuan lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ab Rahaman berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan dan berdasarkan siasatan awal, kejadian yang berlaku tidak mempunyai sebarang isu melibatkan elemen kongsi gelap dan unsur-unsur keganasan.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa motif pembunuhan berpunca daripada masalah hutang peribadi.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dimohon di Mahkamah Majistret di sini esok, dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya.

 
Tiga maut ditembak: Polis berkas warga emas, hutang dipercayai motif pembunuhan

Kota Tinggi: Polis tidak menolak kemungkinan motif seorang lelaki warga emas melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga individu maut di Taman Kota Jaya di sini, adalah disebabkan hutang peribadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari tadi, suspek lelaki yang berusia 71 tahun berjaya ditahan pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, suspek mempunyai lesen senjata api yang sah.

"Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek warga tempatan itu kira-kira jam 2 petang.

"Kita juga berjaya membuat rampasan ke atas selaras senjata api iaitu shotgun buatan Benelli M/super dengan nombor siri M104817 yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa dalam kes ini.

"Semakan yang dibuat mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan mempunyai lesen senjata api yang sah iaitu nombor lesen, KTN/4753," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Ab Rahaman berkata, kejadian berlaku di sebuah restoran di daerah ini, yang mana dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 37 hingga 63 tahun maut di lokasi kejadian.

"Lesen senjata api ini dikeluarkan untuk menjaga musuh tanaman dan bukan tujuan lain. Suspek seorang pekebun dan mempunyai tanah pertanian yang melayakkannya memiliki senjata api.

"Mangsa dipercayai maut ditembak menggunakan shotgun itu.

"Setakat ini, motif pembunuhan masih dalam siasatan pihak polis. Walau bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal, kejadian yang berlaku tidak mempunyai sebarang isu membabitkan elemen kongsi gelap dan unsur-unsur keganasan (terrorism).

"Kita tidak menolak kemungkinan bahawa motif pembunuhan berpunca daripada masalah hutang peribadi," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan permohonan reman ke atas suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Kota Tinggi esok.

Artikel➡️ Harian Metro
 

Kes Tembak Kota Tinggi: Warga Emas Direman Tujuh Hari​

401c6c0e014ca0133cccf294c415940f69e5a294c5c7e

Seorang lelaki warga emas disyaki terlibat dalam insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Taman Kota Jaya di sini semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Seorang lelaki warga emas disyaki terlibat dalam insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Taman Kota Jaya di sini semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini.

Tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek lelaki tempatan berusia 71 tahun dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 9 pagi dengan tangan bergari dan diiringi polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad memaklumkan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing maut akibat ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya di sini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu kesemua mangsa berusia 37 hingga 63 tahun dipercayai ditembak menggunakan senjata api jenis shotgun.

 
14213280019711893-391321.jpg

14213280019711893-391322.jpg

14213280019711893-391323.jpg

14213280019711893-391324.jpg







Tembak mati tiga individu: Warga emas 71 tahun direman

KOTA TINGGI - Seorang pekebun warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes dua lelaki dan seorang wanita warga Vietnam mati ditembak depan sebuah restoran di bandar ini pada Ahad.


Terdahulu, suspek yang berusia 71 tahun tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan tangan bergari.

Pada Ahad, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kota Tinggi menerima maklumat berkenaan kejadian itu jam 1.30 petang.

Katanya, siasatan mendapati dua lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 37 hingga 63 tahun maut ditembak dengan menggunakan senjata api jenis shotgun di restoran berkenaan.

"Ketiga-tiganya maut di tempat kejadian. Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan Bahagian D9 Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) membuat satu tangkapan pada pukul 2 petang.

Pihaknya turut membuat rampasan selaras senjata api jenis shotgun buatan Benelli M Super yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa dalam kes berkenaan.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan senjata api dimiliki lelaki itu mempunyai kelulusan lesen yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, siasatan lanjut dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh disebat 12 kali.

"Setakat ini motif pembunuhan masih dalam siasatan. Bagaimanapun berdasarkan siasatan awal kejadian yang berlaku tidak melibatkan elemen kongsi gelap dan unsur-unsur keganasan.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan berpunca daripada masalah hutang peribadi," katanya.
 
Back
Top
Log in Register