hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Petani maut ditembak di hadapan rumah sewa
SHAH ALAM: Seorang petani maut ditembak di hadapan sebuah rumah di Teluk Bunut, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian berlaku antara jam 10.30 hingga 11 malam, dengan mangsa dipercayai maut di lokasi kejadian selepas ditembak lebih satu das pada anggota badannya.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berada di lokasi berkenaan untuk melihat keadaan rumah sewa anaknya.
“Jadi dipercayai mangsa datang untuk melihat rumah tersebut sebelum ditembak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Tambahnya, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.
“Motif belum dapat ditentukan lagi kerana kejadian tidak ada saksi mata, berlaku pada lewat malam.
“Tetapi, kita dah dapat kenal pasti kemungkinan-kemungkinan yang terlibat. Namun, saya tidak mahu kongsikan kerana belum konkrit lagi.
“Kita juga tidak menjumpai senjata digunakan,” katanya.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, malam tadi.
“Suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun polis masih belum dapat memastikan sama ada lelaki itu merupakan suspek utama atau sebaliknya,” jelasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel