BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang lelaki maut dipercayai ditembak di Johor

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201



14227225297363605-396453.jpg

14227225297363605-396454.jpg

14227225297363605-396455.jpg

14227225297363605-396456.jpg


Polis sahkan seorang maut, 2 cedera kes tembak di Skudai, dua suspek diburu

Iskandar Puteri: Polis memburu dua suspek selepas seorang lelaki maut dan sekurang-kurangnya dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya, Skudai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 27 tahun kira-kira jam 11 malam.

"Mangsa lelaki tempatan berusia lingkungan 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi lelaki tempatan berusia lingkungan sama mengalami kecederaan akibat terkena tembakan.

"Polis turut percaya terdapat seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan, namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa kenalannya sejurus kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata, susulan kejadian itu pihaknya kini giat memburu dua suspek yang masih bebas untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Afiq Izani di talian 019-3683036 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486.

Terdahulu, gambar mangsa berlumuran darah dan seorang lagi mangsa yang cedera tular di laman sosial.

Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register